Thursday, December 25, 2008

Kerja Dan Sekolah (Satu Pengalaman)

Deria hidup manusia kini semakin tajam berbanding tujuh puluh tahun dahulu. Kesusahan untuk mendapatkan pendidikan tidak lagi sesukar dahulu. Dahulu kanak-kanak yang tidak bersekolah akan dibiarkan mencari arah tuju sendiri, tetapi beberapa tahun lalu wujud undang-undang yang mewajibkan kanak-kanak yang berusia tujuh tahun tetapi tidak bersekolah, ibu bapanya akan dihukum penjara. Mahu atau tidak, kanak-kanak terpaksa bersekolah. Mampu atau tidak, harus bersekolah. Saya bernasib baik kerana dapat bersekolah. Kerana itu saya boleh menurut arus semasa sehingga ke hari ini. Saya sengaja menyebut undang-undang persekolahan di atas kerana saya ada cerita yang ingin dikongsi bersama. Cerita semasa saya di bangku sekolah rendah. Zaman yang menyakitkan bagi saya kerna saya terpaksa belajar dan bekerja untuk membantu meringankan beban keluarga. Saya terpaksa, dipaksa oleh ayah. Katanya saya perlu belajar hidup susah kerna dunia ini jarang memungkinkan kemewahan untuk orang susah seperti kami. Saya mula belajar mengenal tumbuhan hutan dan meredah belukar seawal usia tiga tahun. Saya mula belajar mengikat batu dan membancuh simen seawal usia sembilan tahun. Saya mula belajar mengecat rumah pada usia sepuluh tahun. Pendidikan yang saya lalui pada ketika itu sama seperti dengan kanak-kanak yang seusia dengan saya, tetapi sedikit-sebanyak berbeza sebenarnya (saya masih memakai seluar pendek sehingga saya berada di tahun tiga yang pada ketika itu bulu-bulu halus mulai tumbuh di kaki saya). Bagi saya pada ketika itu saya tidak senang berada di sekolah kerana semangat saya untuk hidup seperti kanak-kanak biasa pudar kerna kesusahan keluarga. Bayangkan saya hanya berbekalkan lima puluh sen setiap hari untuk berbelanja. Kerna itu setiap kali tamat persekolahan saya menjadikan gerai Mak Cik Van sebagai sasaran saya untuk mencuri makanan (ibu saya pada ketika itu bekerja dan hanya akan pulang pada pukul lima, dan kami sekeluarga pada ketika itu cuma mampu makan malam sahaja. INI BUKAN OMONGAN!). Dan setiap kali saya dapat mencapai sesuatu dari van kecil berwarna putih itu, akan saya kongsi dengan adik lelaki saya yang pada ketika amat comot rupanya, turut memakai seluar pendek milik saudara yang dihadiahkan kepada saya lalu diberikan pula kepada adik lelaki saya. Saya terbayang senyumannya setiap kali saya dapat habuan dari rompakan saya, terutama kepingan burger yang telah siap digoreng yang pada ketika itu berharga empat puluh sen. Dan daging sekeping itulah yang menjadi alas perut kami sehingga malam. Sementara menunggu ayah menjemput kami dengan motor Suzuki cupnya (dengan motor itulah saya belajar menunggang pada usia saya lapan tahun). Ayah akan sampai selepas tiga puluh minit sesi persekolahan tamat kerna kayuhan enjin motorsikalnya…(faham-faham sendiri la dengan motorsikal yang ayah beli dengan harga RM100). Sesampainya dirumah, saya akan terus bersiap menyarung pakaian kotor dan membonceng kembali motosikal berbudi tersebut menuju ke tapak pembinaan. Kalau hari Jumaat, lokasi kami berlainan pula kerna hari Jumaat adalah hari untuk ayah dan saya meredah belukar, mencari jalan baru untuk mencari rebung, pucuk paku ataupun apa sahaja yang boleh dijual. Yang dicuri pun ada… saya pernah hampir dibaham harimau di hutan Beting. Pada ketika itu semasa dalam perjalanan pulang selepas memetik pucuk paku, saya diturunkan oleh ayah di satu kawasan air terjun kerna dia keciciran parangnya. Saya disuruh turun oleh ayah kerna dengan keadaan motorsikal dan perjalanan kembali yang menaiki bukit akan melambatkan, termasuk dengan dua guni pucuk paku yang menjadi rezeki kami. Dengan berat hati kerna ditinggalkan, saya duduk menunggu bersebelahan dengan dua guni pucuk paku yang masih segar. Sementara menunggu, saya menghabiskan masa dengan bernyanyi-nyanyi sekuat yang mungkin. Perasaan takut ditinggalkan memang ada, dan sesekali saya mencuit gigi air yang mengalir dari air terjun di hadapan saya. Hampir sejam kemudian, baru ayah sampai. Tiba-tiba dengan keras ayah mengarahkan saya gegas menaiki motorsikal. Saya mencapai kedua-dua guni terbabit dan tanpa sempat saya membetulkan duduk saya di atas motorsikal, ayah terus memecut menuruni bukit terbabit. Sesekali ayah hampir melanggar tebing. Saya tidak bertanya apa-apa kerna pada ketika itu mungkin ayah ingin cepat pulang. Hanya apabila kami berhenti singgah di gerai sambil menghirup “oren bodoh”, baru ayah membuka mulut. Katanya di atas belukar air terjun tempat saya menunggu tadi, dia ternampak seekor harimau yang sedang memerhatikan kami. Serta merta bulu roma saya menegak. Ya Allah… begitu sukar rupanya memerah rezeki di tanahMu. Saya menjangka sekiranya saya lama menunggu, saya mungkin akan menjadi rezeki harimau terbabit. Saya tidak tahu sudah berapa lama harimau terbabit memerhatikan saya. Mengapa dia tidak terus menyerang dan meratah saya? Adakah dia tertarik dengan nyanyian lagu Bayangan Gurauan (Mega) yang saya nyanyikan? Saya cuma bernasib baik dan bersyukur keluarga masih mempunyai saya. Mulai dari hari itu, ayah tidak pernah meninggalkan saya di mana-mana, walaupun terpaksa meredah semula belukar untuk mengambil semula rokok yang tertinggal di tempat kutipan. Itu satu cerita saya hampir menjadi rezeki semasa mencari rezeki. Berbalik semula kepada undang-undang yang mewajibkan kanak-kanak untuk bersekolah. Jujurnya saya membenci zaman persekolahan. Mengapa saya mempunyai sikap benci persekitaran sekolah? Mudah. Kerana ibu dan ayah terpaksa bersusah payah, dengan pendapatan kurang daripada RM400 sebulan untuk menanggung tiga anak-anak yang bersekolah. Dan yang semakin susah, anak yang sepatutnya bersekolah, turut sama susah! Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Saya langsung tidak meletakkan beban kemiskinan kami sekeluarga di bahu mana-mana pihak kerna persekolahan kami adik-beradik, mama dan ayah semakin boleh berehat di usia mereka kini. Namun saya tertanya kembali mengapa anak-anak yang bersekolah pada zaman kini semakin tidak menghargai kehidupan? Semakin tidak senang dengan pendapatan penjaga serendah seribu lebih sebulan? (sedangkan saya dan keluarga pernah hidup dengan pendapatan kurang dari lima ratus sebulan). Dan saya berpendapat dan bercadang agar diperkenankan undang-undang untuk mewajibkan setiap anak-anak diajar ilmu kesusahan, kemiskinan, dan beri mereka melalui pengalaman itu agar sekiranya mereka dewasa dan suatu hari nanti mereka mulai Berjaya, mereka tidak memandang enteng manusia yang berkata “aku ni orang susah…” kerna memang wujud orang susah di dalam kehidupan, dan di kalangan dari rakan-rakan kita.

14 comments:

semut kecil said...

apa yg kau lalui, tak pernah aku milik..... hargailah ia kerana ia sangat berharga... utk membolehkan kau melihat ke bawah ketika kau berada di puncak... insyaAllah...

"keindahan dan kemanisan hanya akan dapat dinikmati dan dihargai oleh orang yang pernah merasa sakitnya kepayahan dan kesusahan..."


p/s; lagu Bayangan Gurauan memberi makna yg besar dlm hidup aku yang ketika itu terjadi satu kejadian yg memberi sedikit sebanyak kesan terhadap siapa aku sekarang...

renung dan tenung said...

hahaha harimau pun tak berkenan kat ko la, tak kenyang kalo mkn ko, hehehe memain jela, kita hampir serupa, tapi jauh beza, waktu kecil dulu ketika ibu dan bapaku susah, aku hanya mampu perhatikan sahaja, jika aku bekerja aku akan dikerjakan, tapi aku curi2 kerja. main tikam sekali.haha

Zura Firdaus B. Japri said...

rimau tak mau aku sebab aku ni ada tulah... berdaulat! wahahahaha

Saiful AmmaR said...

hampir jatuh air mataku membaca cerita ko.

ko tak terfikir untuk jadikan kisah hidup ko sebagai satu filem.

aku rasa kalau orang tengok dan rasai apa yang ko pernah rasa, mungkin ada yang menginsafi tentang kesilapan kehidupan sebagai seorang pelajar sekolah.

berjalan, melihat, dan berfikir...

p/s: family aku pernah muflis. pada waktu itu aku sudah menggapai umur 16 tahun. cuma, bedanya antara kita, penjalanan hidup ko adalah kesusahan. tapi perjalanan hidup aku adalah kesusahan dan penghinaan.

Anonymous said...

terima kasih di atas perkongsian pengalaman ini...

semoga kepayahan hidup mengajar erti kebahagiaan di akhirat kelak

Zura Firdaus B. Japri said...

ammar, kesusahan dan penghinaan itu adalah satu perkara yang sama. apabila manusia hidup dalam kebangsatan, secara langsung penghinaan akan muncul daripada mata-mata yang memerhati kesusahan tersebut. seperti yang dialami keluargaku.

Anonymous said...

mungkin kamu xsegempal ridset untuk hidangan Pak Belang..kalo dia baham pun, malam mesti dia lapar balik..dia kerja syif malam, hiburkan hati manusi adi zoo...so kalo lapar di malam hari..ssusahla dia..haha..

aku juga susah..tidak senang..dan sehingga kini aku masih susah..aku mengerti apa yang ingin kau katakan..

HajarAznam said...

Aku memahami apa yg kau coretkan disini. Kisah hidup kau adalah realiti segolongan masyarakat di malaysia. Alhamdullilah aku lahir dalam keluarga yg sederhana namun sewakti disekolah aku punya teman rapat yang susah. Setiap hari akau akan belanja dia makan atau share makanan dgn aku disekolah. Namun pengalaman begini yang lebih menjadikan kita manusia. Sebab itu aku menangis ketika membaca buku seorang tua dikaki gunung karya azizi hj. abdullah seawal umur aku 12 tahun, aku menangis dgn kesusahan yg dipaparkan dan sekali lagi aku menanis dalam menghayati ranjau sepanjang jalan. Dari situ aku belajar kesusahan. Sewaktu belajar juga aku susah. Filem Raoul yang menang anugerah, tercalon di pertandingan filem pendek dan mendapat pujian dari pensyarah ku hasilkan dn modal RM2 untuk isi minyak motor Ja'a. Lain2nya adalah dari ihsan kawan2. Aku bersyukur kerana dikurnia akal dan kudrat. Tuhan itu maha adil dan aku mampu tersenyum dengan kesusahanku dahulu :)

nurulanessa said...

berbekalkn duit belnje 50sen?
sermi 3 adik brdik?
sekurg2nya anda berpakaian.
anda dpt mkn.
anda dpt tidur.
alhmdulillah.

sy pun ade cerita yg sma.
bf sy.skrg 21 thn.
dri die sekolah smpila die form3 tak pernah ade duit belanja.
mempunyai sermi 7 org adik beradik.
1(laki) dan 2(perempuan) org tak pernah sekolah lansung.no 3,4 dn 6 (semua lelaki)dpt sekolah smpi form 2.sbb parents x mampu.yg last(bf aku) n no 5(perempuan)die je smpt hbs spm.
hidup mcm zmn jepun pun ade.
klu dpt aiskrm 20 sen tu masyaallh gembiranye mcm dpt pizza.klu kt sekolah die hnye duduk tgk org mkn.klu ade rezeki cikgu die belnje mkn atau jumpe duit kt lantai keliling sekolah budk2 lari2.even dieorg mcmtu tp rjin usha.tak pernh merungut.dorg fikir..klu aku x tlg mak bapak aku,spe nk tlg dorg?mcm2 dorg buat smpi yg buat keputsn berhentila.ade cube nk jd mekanik.abg die yg 1st even xblaja, mule tu keje kutip smph je now ade kilng sndiri.kene mngena dgn smph gak la.gaji?rm20 000 every month.2nd?kakak die.ade restoren sndiri.gaji?haha.boleh thn la.bwh 10 000.
yg ke3 smpila yg last(bf aku pun keje dgn die).dorg bukak bengkel.milik yg no3 nila.gaji die bai.masyuk 50 000.gji bf aku? biase.die msih muda.bnyk perlu beljar.tu la org kte.kau nk maju kene ade ilmu.kemahirn pun sesuatu ilmu.dlm kerja jgn memilih. sush dlu.sng kmudian.even time dlu dorg bju rye pun org sedekah.mkn pun kais pg mkn pg kais ptg mkn ptg,kst sekolah koyak2,bju pun abg blk sekolah,pastu kongsi bg adik lak sbb adik nk pki sekola ptg(pki baju sma yg tlh dipakai si abg!).mkn pun mcm catuan(sebiji nasi pun x tggl smpi skrg aku tgk adik brdk die cmtu tak membazir).slma berapa puluh thn bru skrg mak ayh die dpt hidup sng.bile skrg da kye..bgus x bgs ? kye pun x lupe diri.sbb dorg da tau hidup sush tak nak jd mcm dulu.usaha.usaha.usaha!so.spe fikir diri tu sush,usahala.allah sntiasa membuka pintu rezeki pde mereka yg bersbr.
so jgn merungut khdupn anda.sbb ade yg lg sush dri kita.bersyukur slagi mak ayh ada syg dn jaga kita. tu je:)

nurulanessa said...

die dn keluarga juga pernh mkn sisa2 smph.herm..aku besyukur die x terpesong even keluarga die sush mcmtu dlu.
korg lucky sbb pnh rsai semua tu sbb korg akn rse lg mengerti tntg kehidupn.

Zura Firdaus B. Japri said...

nurulanessa,
aku bukan merungut... cuma apabila aku terkenang balik zaman tu, aku marah dekat bdk2 zaman sekarang yang poyo ya rabbi...

nurulanessa said...

cool la mcmtu:)

Anonymous said...

fikirperhati.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading fikirperhati.blogspot.com every day.
toronto payday loan
payday loans in canada

nurulanessa said...

terima ksh dgn cerita ini