Friday, August 28, 2009

Gugup

Cuma beberapa hari saja lagi aku akan bergelar seorang pendidik. Suatu pekerjaan yang langsung tidak pernah terlintas dalam fikiranku. Bukan aku memandang pekerjaan ini tidak bagus cuma melihatkan peribadiku yang panas baran membuatkan ramai yang tidak percaya aku akan menjadi seorang guru. Dahulu, semasa aku masih di alam persekolahan, selalu mulut dan telinga aku dan rakan sekelasku menyebut dan mendengar cemuhan dan kutukan perihal seseorang guru yang mengajar kami. Pelbagai kata yang kurang menyenangkan apabila berbicara tentang seseorang guru yang mengajar kami, walaupun sebenarnya kesalahan seorang guru tersebut adalah cuma mahu pelajarnya untuk tekun belajar. Sebenarnya kini aku gugup. Gugup memikirkan keadaan yang bakal aku alami saat aku melangkahkan kaki ke dalam kelas yang bakal menjadi medan pertempuran antara semua himpunan masa laluku(zaman persekolahan). Ya, sebenarnya aku kini menganggap bahawa setiap yang pernah aku lakukan dan ucapkan tentang guruku dahulu, bakal dibalas ke atasku. Sungguhpun aku cuma bekerja dan menyimpan niat untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupanku (tanggungjawab sebagai seorang manusia kepada manusia lain). Walaupun aku belum memulakan pengajaran, namun aku sudah merasai perasaan sebenar seorang guru, bagaimana niat dan tujuan sebenar seorang guru terhadap saudara keturunannya. Kini aku sedikit kesal atas sikapku dahulu terhadap guru-guru yang pernah mengajar aku. Aku cuma berharap agar kerjaya baruku ini bakal menjadikan aku seorang manusia yang baru. Manusia yang benar-benar memahami erti tanggungjawab, kerana tak mustahil kalau dahulu aku pernah memperlekehkan guruku, akibat yang sama bakal berlaku ke atas diriku.

8 comments:

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Zura Firdaus,

"tahniah, sekurangnya saudara akan memiliki pekerjaan - di luar sana ramai saudara kita yang tidak memiliki pekerjaan tetap",

"selamat menempuh 'alam sekolah - pelajar, rakan sekerja, karenah birokrasi, tugas-tugas yang bukan hanya mengajar (paling banyak)';

"pengkhususan apa (?)".

Zura Firdaus B. Japri said...

-ZUL-

Ya, saya sbnrnya amat bersyukur akhirnya dpt pekerjaan yang lebih baik daripada sblm ni. uih... tugas-tugas yang bukan hanya mengajar? mcm mana tu?

saya akan mengajar bahasa melayu, insyaallah untuk murid2 tingkatan menengah rendah

mat mimpi said...

menengah rendah? ok lah tu kalau dpt yg sek rendah, lagi sakit kepala. gudlak

bononaladyz said...

gud luck,
insyallah anda dapat atasi dan hadapi dugaan semasa mengajar nanti. saya dapat bayangkan perasaan itu.
tahniah...

p/s: baru2 nie saya ada ternampak wak dol wat krew drama di satu location kat dmansara.

GUD LUCK KEPADA SEMUA GRADUAN FACT KONVO KE-70. SEMOGA CERAH MASA DEPAN KALIAN.

norfa08 said...

tahniah!! berikan perkhabaran seterusnya...aku gembira melihat jatidirimu...

huhuhu...tak dapek aku bygkan orang panggil ko Cikgu Zura / Cikgu Firdaus???

iskandarzulkarnain said...

padan muke kau..sudah tiba masanya untuk kau merasai apa yang telah gurumu rasakan sewaktu mengajarmu dulu..dia berputar bro..ingat itu...apa yang kau lakukan akan berulang..

ZULKIFLI BIN MOHAMED said...

Salam Zura Firdaus,

"salam Syawal yang jernih".

GEREK ITU ALIA... said...

guru oh guru!