Wednesday, May 27, 2009

Cerita Yang Mungkin Menarik Minat Anda


Semasa di darjah empat. Sekitar jam enam pagi. Semasa ini aku dan keluarga tinggal menyewa di Kampung Dioh Seberang Pekan, Kuala Pilah. Semasa melihat gambar ini, aku rasakan seperti baru semalam gambar ini diambil oleh Mama. Ayah menyewa dua buah rumah sekali, termasuk rumah sebelah. Sebuah rumah untuk Ayah,Mama dan Mak Yu, manakala sebuah lagi untuk aku adik lelaki dan perempuanku. Sewa kedua-dua rumah ini cuma berharga RM140 pada ketika itu. RM 70 sebuah rumah. Mengapa murah? Kerana terpencil, dan yang terutama banyak kejadian pelik yang berlaku di sekitar rumah ini. Dari pagi sampai ke pagi, akan sentiasa ada gangguan. Yang nampak, dengan yang tak nampak. Aku ingin bercerita yang nampak terdahulu. Yang masih tidak dapat aku lupakan adalah sekitar jam enam pagi, saat aku mahu memakai kasut untuk ke sekolah, semena-mena aku terlihat sesuatu benda di atas rak kasut yang terletak di bahagian kanan gambar (tidak kelihatan). Aku amati betul2 benda yang dihurung semut itu. Nak tahu apa? Lidah! Lidah! Benda tu lidah. Lidah la. Cuba kau cerminkan muka kau sambil jelirkan lidah kau. Lidah tulah. Lidah. Aku buat tak tahu dan terus membonceng motosikal ayah tanpa beritahu sesiapa sehingga ke hari ini. Lidah sapa? Aku tak tau dan tak nak ambil tahu. Yang kedua, yang ternampak; sebulan sekali pasti akan muncul seekor ular hitam (Ular Tikus) cuba menyusup masuk dari pintu pagar koboi rumah (dalam gambar). Kadang2 melalui pintu dapur… Banyak lagi… Hahaha. Yang tak nampak? Jangan cerita. Yang terbang ada, yang cakar dinding ada, yang main kejar-kejar dalam rumah ada, yang tumpang mandi ada, yang pinjam dapur nak masak ada, buat bilik macam bilik tidur sendiri ada, yang perasan nyanyi sedap ada, yang mintak lagu K.R.U pun ada. Hahaha. Yang mintak lagu K.R.U tu yang kena adik lelaki aku kat rumah sebelah. Masa tu dia demam. Kesian adik aku, terus menerus seminggu demam dia. Yang terbang cuma Makyu dan ayah aku je Nampak. Yang paling aku ingat aku terkena semasa arwah atuk aku ada sekali kat rumah tu. Aku terjaga tiba2 dari tidur dan jeng jeng jeng aku tengok benda tu tengah rukuk sembahyang depan aku. Membelakangkan kiblat. Opppsss bulu roma aku meremang dah ni. Stop la cerita ni. Tak sedap hati pula. Hahaha.


Aku bercerita ni cuma terkenangkan zaman aku di rumah ni. Banyak juga perkara menarik yang berlaku. Perkara yang mematangkan aku. Dalam usia inilah aku banyak belajar mengenal manusia. Aku kenal dengan seorang perantau Indonesia. Aku gelarkan dia Wak. Seorang yang pendiam, baik hati, dan sedikit sebanyak mengajarku beberapa jurus silat. Hobinya? Memanjat pokok. Setiap petang dia akan menghabiskan masa memanjat dari satu pokok ke pokok, termasuk pokok kelapa yang berpuluh kaki tinggi. Menariknya, untuk sampai ke puncak dia cuma memerlukan beberapa saat sahaja. Biasalah, orang Acheh. Ada ilmu dia aku rasa. Berbual dengan Wak ni best. Sambil berteman kopi bikinannya, mau sampai ke pagi aku melayan dia berbual. Kebanyakkannya cerita dia dan masyarakatnya di kampong.


Di rumah ini juga aku dan keluarga pernah membela hampir lima puluh ekor kucing, yang kebanyakannya dikutip di Pasar Besar Kuala Pilah oleh Ayah, Mama dan Makyu. Kadangkala secara tiba-tiba muncul seekor kucing di depan rumah kami (dibuang la oleh orang kampong). Sampai ayah terpaksa menyewa tapak bawah rumah Wak untuk dibuat kandang kucing. Menariknya, kucing-kucing kami namanya bermula dengan huruf S. Sebut je apa. Shiba, Shila, Shika, Shina, Syukur, Shuib, Samsul, Shida, Shikai, Shibai pun ada, Sally, Shikin, semua lah. Kecuali beberapa ekor macam Ibu, Pucat(kucing kesayangan dan kucing pertama kami sekeluarga, kira mascotlah.Pernah dua minggu hilangkan diri dan muncul semula semasa hujan. Satu keluarga menangis bila Pucat balik rumah. Sedey dan bangga woo masa tu), Tompok, Push (kucing faveret aku), Flashman, Maskman (dua2 ekor ni macam kembar sebab adik beradik. Beza kat kaki. Flash ada stoking putih kat kaki, Mask xde)


Bukan kucing je, Tenggiling pun ada…. Anjing pun ada. Jenny dengan Meishua. Jenny aku dengan ayah yang jumpa dalam semak. Dekat rumah aku. Cilakak punya orang yang buang. Ingat rumah aku ni zoo ke? Mentang2 banyak binatang. Jenny ni kira anjing pertama kami. Bela sebab kesian. Masa tu kecik lagi, dari semak dia ikut aku ngan ayah dari belakang. Tekedek-kedek je mengikut. Bila aku ngan ayah berenti, dia berenti sama. Jalan balik, dia ikut. Kesian terus bela. Meishua ni aku tak ingat bila dia muncul. Yang pasti dia adalah haiwan yang paling aktif dan setia. Tak macam Jenny yang agak liar dan susah nak ajar. Jenny ni dulu diajar salam tau? Bila kami cakap “Jenny, shake hand!”, dia duduk dan menghulurkan kaki hadapan kanan dia seperti bersalaman. Selagi tak disambut, selagi itulah kakinya itu diangkat. Aiseh aku emosi pulak nak nangis ingatkan Jenny… Hahaha. Sedih woo kalau kau sayang sesuatu yang bernyawa. Dengan Jennylah kawanan haiwan ini membiak sampai muncul 12 ekor anak haiwan ni. Selepas tu kami berpindah ke rumah pusaka Mama di Juasseh. Semua haiwan ni kami bawak gilir2 naik moto masa tu. Aku ingat masa aku dengan arwah Paksu bawak Meishua pindahkan dia dari Dioh ke Juasseh naik motor. Arwah rantaikan dia kat depan sambil dia duk kat raga motosikal. Bukan main bangga dia dapat duduk depan. Meishua ni bangang sikit. Manja lebih. Jenny pulak lain cerita.Ayah dengan arwah yang bawak. Anak2 dia arwah masukkan dalam guni dan di ayah yang pegang kat belakang. Jenny kena rantai kat depan, duduk dalam raga motor. Dalam perjalanan beberapa kali arwah kena berhenti sebab Jenny asyik nak lari ke belakang tengok anak2 dia yang tengah bising. Kadang2 bila ada moto atau kereta yang lalu dari arah depan, disalaknya. Yang tak mau ikut cuma Ibu yang ketika itu lari nak ikut jantan lain dengan Pucat yang sehari sebelum pindah hilangkan diri lagi.


Selepas berpindah ke Juasseh, kami cuba menambah koleksi haiwan kami. Kelawar yang disimpan dalam bilik di rumah sebelah, sebuah rumah tinggal milik saudara Mama.Termasuk ular sawa. Tetapi cuma sempat bela ular sawa ni tak sampai tiga hari. Lepas dari kurungan. Hebat ular ni. Sekarang entah dah besar mana dah… dah la rumah tu keliling hutan. Lama-kelamaan, seekor demi seekor haiwan kami mati. Kami menyaksikan sendiri anak-anak anjing kami mati. Syuk mati tiba-tiba, kemudian diikuti oleh adik-beradiknya yang lain. Jenny pulak masa tu cuma tengok je.Push, kucing kesayangan aku mati lepas mengunyah daging yang aku bagi. Masa dia tengah makan, dia berenti sambil tangannya cuba mencapai sesuatu dari celah giginya. Aku pegang dia dan tengok. Ada cebisan daging dicelah-celah bawah giginya. Perlahan-lahan sambil dia meronta-ronta, dia berbaring kepenatan mencari nafas dan PUP!!! Tiba-tiba terus padam, keras. Depan aku lak tu. Aku ingat dia main-main. Dah lama lepas aku periksa, la… Sambil menangis la aku tanam dia kat bawah pokok durian jantan tu. Anjing kami, Meishua pula kami bagi dekat Cina yang datang nak buru babi kat hutan rumah kami. Masa tu Meishua dah penuh dengan kurap, (sebab selalu main tanah ngan lumpur. Masa tu ayah dengan arwah buat projek kolam ikan, tu yang dia join sekali berkubang dalam kolam ikan tu. Cina ni kesian la tengok Meishua ngan dia cakap Meishua ni memang dari baka untuk berburu. So, dengan berat hati, kami bagi la Meishua kat Cina ni sebab tengokkan anjing-anjing Cina ni yang lain bukan main sihat lagi, tak macam Meishua. Sedih gak masa tu tgk Meishua naik jeep Cina ni sambil memandang kami kat belakang. Yang menangis teruk masa tu adik perempuan aku la… (Yang bestnya, satu hari lepas beberapa lama Meishua takde, masa kami adik beradik tengah berjalan dengan Makyu kat Rumah Murah Juasseh, kami jumpa Meishua kat rumah tuan dia yang terletak dekat dengan rumah murah arwah atuk aku dekat Rumah Murah Juasseh. Mula-mula ingat anjing lain, bila Makyu aku sebut je nama dia, dia terus meloncat-loncat, berlari ke arah pintu pagar rumah tuan dia. Bila dibelek, sah itu Meishua! Kenal sebab mata dia buntang! Hahaha menangis lagila adik perempuan aku ngan Makyu aku ni. Mula dari hari tu setiap kali kami singgah kat rumah murah, kami mesti jenguk Meishua. Setiap kali jumpa, dia mesti meloncat-loncat nak terkam adik perempuan aku ni.) Jenny pula paling lama kami simpan. Lepas semua anak-anak dia mati, dalam setahun setengah lepas tu, kami berpindah ke Gentam. Jenny kami tinggalkan dengan PakLang. Tak boleh bawa dia sebab kami tinggal menyewa di rumah pangsa. Kang kalau bawak anjing tinggal kat rumah pangsa, apa pulak kata orang ye tak? Jadi kami tinggalkanlah dekat Pak Lang, dan Pak Lang jaga sampai la dia mati. Kucing-kucing aku yang lain semua mati. Mungkin sebab penyakit yang tiba-tiba menyerang haiwan kami ni. Sekor demi seekor pulak yang mati. Yang tinggal cuma Jenny.Last aku jumpa Jenny masa aku dalam form 2 kat rumah Pak Lang. Sempat aku suh dia shake hand ngan aku. Dalam perjalanan balik, menitik gak air mata aku ingatkan zaman gembira aku dengan dia.


Aku cerita pasal haiwan ni bukan nak tunjukkan yang aku ni seorang yang baik, penyayang dekat haiwan, sentimental apa bagai. Mungkin ada yang membaca akan cakap: “Bela anjing?” Aku jauh sekali nak menyentuh sensiviti masyarakat semanusia dengan aku. Cuma aku ingin bercerita, tahun-tahun itulah tahun yang amat menggembirakan aku kerana aku dapat menikmati hidup dengan sejumlah rakan disekelilingku. Walaupun secara jujur ketika itu tidak ada seorang pun rakanku yang mempunyai jasad manusia, tetapi aku seronok berteman dengan haiwan-haiwan ini. (ada kes member sekelas aku hebohkan yang aku bela anjing, habis semua budak-budak taknak rapat dengan aku. Hahaha kecil-kecil dah kena didikan yang salah, macam mana?).


Beberapa tahun sudah masa aku ceritakan hal ni dekat teman wanita aku, dia macam tak percaya. Sebab selama ni dia tengok aku cukup menyampah dekat haiwan yang berbulu ni. (aku ni ada lelah weh), dan dia lagi tak percaya bila aku cakap aku pernah bela 49 ekor kucing,14 ekor anjing, dua ekor tenggiling, berpuluh ekor kelawar, tiga ekor sesumpah, dua ekor kala jengking, tiga ekor murai, seekor kelicap, seekor ular sawa (3hari), dan aku cakap kat dia jangan terkejut kalau satu hari nanti aku buat zoo untuk bela haiwan-haiwan macam ni. Dan jadi tugas aku, isteri aku, dan anak-anak kami, InsyaAllah… memberi kasih sayang dan perlindungan terhadap haiwan-haiwan ni. Dia cuma ternganga pandang aku….

15 comments:

amer zaman said...

wohoo!
mmg menarik pun..

erm lidah tu lidah apa?

Zura Firdaus B. Japri said...

percaya atau x, sebiji mcm lidah manusia

ratnakesuma said...

aku juga pernah membela hampir 10 ekor anjing..

seronok, sbb anjing ni manja dan patuh arahan...

senang nk jaga...

anjing yg palin aku sayang, Langsat, Johny, Arau ngn John...

tp anjing2 ni dah x de dah..
kdg2 sedih jgk ble2 teringat..
(emosi la plak).

x takut ke bile nmpak lidah tu?
kalo aku lah, mau pengsan sebulan dua... huhuhuhu...

Zura Firdaus B. Japri said...

>>>ratna<<<
Hahaha kali pertama aku dengar haiwan yang bernama Langsat. Dah berapa tahun sejak aku tgglkan kmpng aku tak makan Langsat!

psl lidah tu nk takut apa? dah biasa kena mcm tu. benda lain pun bnyk nmpk gak.

Anonymous said...

haha...weh,aku sempat bela ridset sebulan..xnak degil plak..susah nak jage..ko nak try jage x?

Zura Firdaus B. Japri said...

aku berapa tahun jaga ridset. menyampah aku. degil sgt la. selalu kena penyakit kulit pulak tu...

Anonymous said...

citer pasal orang Indonesia yang kau panggil Wak tu...

dulu time zaman kecik2, ramai jugak jiran tetangga aku orang Indonesia sebab aku duk kat rumah setinggan. Baik gile la ngan dorang samapi aku duk melepak rumah dorang. time tu, kita ni memang mudah mesra dengan dorang sebab dorang tu baik dan sedar diri datang negara kita.

tapi sekarang, jadi takut plax nak dekat ngan dorang kalau tahu dorang tu orang Indonesia (dapat plax yang muka macam nak merompak).

kalau ko buka zoo...apa nama zoo kau tu?

HajarAznam said...

Zura crita ko ni memang best. Buat aku teringat zaman aku sekolah rendah dulu jugak. Dulu ayah ada belikan aku dan adik aku arnab ada 5 ekor semuanya siap dengan reban arnab yang cute sangat. Time tu jugak kat rumah aku ada swimming pool plastic yg boleh lipat tu. adik aku teruk dia ajak aku swim dgn arnab2 tu semua dia angkat semua masuk dalam tu. Pastu 2 arnab aku mati lemas. ayah aku tk ble nak marah esok tu dia terus bagi kat aso cina jiran kita org kat taman tu jugak. ibu aku tak suka kita org bela binatang dia tak tahan bau katanya. Jadi apa2 yg aku dan adik bela semua kena letak kat luar kecuali tikus putih bermata merah adik aku je dia simpan dalam bilik dia. sesungguhnya aku dan adik sangat ganas bela apa semua mati. :)hehehehe..
anyway peranan seorang ayah sangat penting dalam mendidik anak2nya sayangkan binatang dan itu yg telah ayah ko dan aku lakukan. ayah aku tak pernah halang kita org dari bermain2 dgn anjing atau apa sahaja asalkan tahu cara nak handle setiap haiwan tu. Belakang rumah aku dulu adalah hutan paya bakau so biawak dan ungka itu adalah haiwan yg biasa berkeliaran disekitar umah aku..huh..exotic sungguh :)

Zura Firdaus B. Japri said...

-Nopa- Zoo tu aku bg nama "Nurrakkaa". Jangan tanya kenapa,susah aku nak jawab

-Hajar-
Ayah aku nih pemanas.memang dia syngkn hewan2 ni tapi sekali silap, melayang la kena baling masuk kolam. *Meishua pernah meraung kena baling ayah masuk kolam sebab dia curi makan masuk dpr

Cik-MeGa said...

syok ar bace cte ko!
syok ar!
cte la lg..

+aku x mesra haiwan. heh, peace!+

Zura Firdaus B. Japri said...

Akan menyusul cerita lain

nurulanessa said...
This comment has been removed by the author.
nurulanessa said...

best gile dpt bela kucing bnyk2 mcm tu.
abah x bg bela kucing sbb mse kecik2 dulu pnh bela then adik sy yg kecik tibe2 kene asma.msuk waye sume tula dlm hdung.then hemm..
trus abah xsuke kucing.larang gile even nk letak lua rmh pun.
bile da besa sikit kiteorg nk main pun main jauh2 dgn kucing.abh bising xbg main dlm kwsn rmh.
now duduk rmh sewa.sy dpt dpt bela 3 kucing!ahhaha nk bnyk2 x mampu sgt.yela duit mkn sume sy tggung.
kucing2 tu sume lak nk mknn wah mahal2.tp x kish.dirg mnje2.bulu die hahah jgn cite la.tebal gile. tasya,adibah,mawar.klu sy blk rmh parents.sy suruh kwn jge.hish.sedih btul

nurulanessa said...

comel gile nk bela bnyk haiwan.sy nk bela singa klu dpt.

Zura Firdaus B. Japri said...

nurulanessa,
dari bela singa, baik bela dubuk... hahaha