Monday, August 11, 2008

Thesis


malam ini aku akan menjadi lebih teruk dari komunis. aku akan menjadi kuli tentera kerahan untuk menyiapkan perjalanan thesis. thesis yang tidak mempunyai makna dalam hidup. thesis yang bertujuan untukku menghabiskan pengajian. thesis yang semakin menjauhkan aku dari realiti kehidupan. thesis yang mengajarku lari dari kehidupan. kerana thesis aku menyumpah seranah. kerana thesis aku jadi pemanas. kerana thesis aku terpaksa berjaga malam (saat komunis sedang dibelai mimpi). apa ni? aku sedang belajar menjadi manusia atau seladang? lagi tiga bulan untukku habiskan usia malang di sini. lagi tiga bulan, lagi tiga bulan, lagi tiga bulan? lagi tiga bulan untuk apa? jadi ahli filem? jadi ahli manusia? jadi ahli agama? jadi diri aku?! jadi apa dan siapa? korok abah kau!

3 comments:

semut kecil said...

hahahaha.... aku suka tulisan ko... tp dlm masa yg sama banyak yang aku tak setuju...

tapi, mcm ko kata, aku masih perlukan lawan yang sntiasa menyedarkan aku...

Nona Cici said...

dihujung semua lelah yg kite lalui bersama ni,
aku percaya ada keriangan & lelah tu akan berbalas..

mari berjuang bersama demi norman!..hahaha...

HajarAznam said...

apa yang sedang engkau hadapi ini
dipanggil kehidupan...
apa yang akan engkau jadi selepas ini
adalah kehidupan yang kau pilih...
thesis hanyalah sebahagian pekerjaan
yang bakal menjadi kenangan yang boleh engkau malukan atau banggakan
walaupun sebenarnya berbangga-bangga itu boleh menimbulkan riak tapi itulah resam thesis dgn manusia...
Ikut shaja arah jalan yan terbentang buat mu yang tinggal beberapap bulan selepas itu ambillah kembali jalan hidupmu dan pandulah sendiri tanpa ada sebarang acuan dari fakulti atau universiti kerna kau telah menjadi kempunyaan diri mu sendiri...kembali =)


Selamat Berjuang dgn hidupmu wahai teman.