Monday, August 11, 2008

falsafah untuk sampah

jangan panggil aku kurang ajar! memang aku dididik dengan sifat dendam,benci kepada masyarakat aku sendiri.tak semua...jangan salah faham! aku perhatikan manusia yang senang dimanja belai dengan ongkos pemberian orang tua saban hari untuk dibelanja. aku perhati manusia yang sedang berpesta di malam minggu atas alasan bersosial. aku perhati manusia yang giat bekerja mencari ringgit malaysia untuk dibelanja ke atas (benda yang boleh aku anggap sampah). gila!semasa kini aku sedang mengaji di uitm(kuantiti lebih penting daripada kualiti).aku dapat sambung ke sini bukan sebab bapak aku kenal dengan mana-mana dekan, atau aku ada saudara yang bekerja dengan uitm. aku dapat masuk uitm sebab pencapaian aku!(aku memang yakin dari dulu aku dapat masuk uitm lps spm).tak macam yang aku dengar dari mulut makcik-pakcik yang memang suka bergosip.ramai yang guna orang dalam nak dapatkan diploma ataupun ijazah dalam hidup.konon dapat nak naikkan gaji,ada sesuatu nak ditunjukkan(selain dari rekod jenayah).di puncak perdana ni sendiri, 60% pelajar uitm ni dah ada kenderaan sendiri.diberi oleh mak bapak yang terlampau sayang dekat anak ni yang awal2 dah janji(nak belajar pandai2!)tak cukup dengan tu, bagi lagi belanja tiap bulan.20% dari gaji mak bapak tu akan masuk dalam akaun anak.yelah anak-anak dah pakai kereta, nak isi minyak lagi, contigency lagi (semua untuk tujuan pembelajaran, research, entah apa benda lagi yang menipu mak bapak).ada pula lagi tambahan tu...PTPTN dapat lagi...RM2500-RM3000 untuk dihabiskan dalam 3-4bulan pengajian.hui...kaya student sekarang. mana tak semua pandai menipu(untuk hidup). Tak macam aku yang berharap dengan pinjaman pihak yayasan negeri yang tak seberapa(tapi boleh untuk aku hidup!). aku ingat masa mula-mula aku melangkah masuk uitm,dengan hati yang berkobar-kobar nak bergelar mahasiswa(yang aku sangka mempunyai suara),dengan iringan senyum bangga mak ayah aku(yang sentiasa aku sayangi,biar mati engkau,jangan mati mak ayah aku!).sampai aku di kolej kediaman perindu,rasa bangga aku bertambah tiba-tiba.rasa terima kasih aku kepada hidup meninggi sampai aku dah tak nampak masa sekolah aku.aku rasa yang aku nak gegar dunia aku dengan bukan sebagai hipokrit.nak kenal dengan mana-mana rakan siswa lain yang sama ini berjuang untuk mencari hidup yang orang seperti KAMI bumbu(kalau engkau adalah orang macam aku).tapi sayang...lain yang aku harap, lain yang jadi.apa yang aku belajar adalah benda seni.filem.tapi dah jadi yang berundang-undang.banyak yang tak boleh.nak jaga hati la,nanti kena banned la,fail lah...apa boleh buat?dapat sambung belajar dah cukup untung.dah empat tahun aku balajar.dari diploma ke ijazah.macam-macam ragam yang aku dah tengok.yang setiap semester aku tengok benda sama.macam ni,setiap akli induksi pelajar baru,kami(pelajar senior) akan target perubahan yang berlaku dekat anak bangsa yang datang dari kampung ni.nak kenal mereka senang.yang pakai pakaian agak keanak-anakan,itulah dia.mana yang bertudung tu,60% akan secara menggila berubah warna rambut(mak bapak yang suruh kot)yang lelaki ni tak payah la cerita, dari tak kenal ganja boleh jadi sampai ke ice,yang tak tahu blue boleh kaji skill-skill yang ada. Ni semua adalah dari jenis yang mak bapak tak ambil tahu hal anak-anak. Ya Tuhan… selamatkanlah kami dari kesesatan… aku ada beberapa cerita yang nak dikongsi. Kalau tak nak ambil tahu pun tak apa, (suatu hari nanti tulisan aku ini akan jadi satu nilai instrumental untuk diri aku)tapi ingat-ingatlah. Sepanjang aku bergelar mahasiswa,aku disogok dengan berbagai cerita tentang rakan-rakan yang hidup mereka lebih senang dariku. Tetapi cerita ini bukan cerita tentang si polan yang baik hati atau si polan yang berbudi pekerti. Tapi ni cerita pasal si polan yang mak bapak dia tak ajar apa itu budi, apa itu peribadi. Yang tak ajar apa itu agama, dan apa itu hidup. Dipendekkan amarah aku yang sedang meluap, dari rancaknya mahasiswa-mahasiswa ini(yang aku yakin satu hari nanti akan memegang kabinet Malaysia)ramai yang suka mengganyang jantina berlawanan(apa lagi kalau bukan hal-hal lucah:?)lebih senang aku bercerita begini dari aku berdiam sebab aku dah lama berdiam.

6 comments:

nurulanessa said...

hahaha
xsemua yg ade kereta hasil duit mak bapak.silp kau ni.
aku mmng mak bapak aku bg duit belanje untuk belaja(cukup2 utuk mkn).
tp nk hidup bai.kalau nk ape yg kite mahukan,kerja lah.aku mampu je tak mustahil.even kancil sekali pun.aku mampu byr buln2 EVEN AKU MSIH BELAJAR!.sush tp x mustahil.even duit minyk sekali pun aku tak pernh mintk mak bapak aku byrkn.mybe didikn dr kecik.if nk apape,use ur own money!tu je selalu mak aku ckp.ape hp?beg sekola?bju yg mahal2?duit nk tgk wyg?kua dgn kwn?sume pki duit sendiri!.tak semua kwn2 kau yg kau nmpk tu..indh2 belaka kehidupnnye wlupun nmpk seng hidup dorg.siape nk cerita kesushn hidup pde org?ha?
ade?ade yg smpi terpkse bertopengkn 2.percyela ckp aku.

nurulanessa said...
This comment has been removed by the author.
nurulanessa said...

kerja cuci longkang besr pun aku pernh.sggp x sggp?klu aku keje takat kedai mkn tu apela sgt gjinye.bnyk keje kne buat.nk dptkn duit bnyk pnye pasal.Aku ngurut org.potong rumput.hahah oh mak ayh aku x tau.tau mati aku

Zura Firdaus B. Japri said...

ini berdasarkan dari apa yang lihat dan apa yang aku tahu selepas enam tahun hidup sebagai pelajar... ada beberapa manusia yang aku kenal, rapat dengan aku jadi macam tu, itu yang aku ceritakan. memang aku salah kalau kau cakap tak semua pelajar yang ada kenderaan diberi oleh mak bapak, tapi manusia yang aku kenal, dapat kenderaan dari duit mak bapak! janganlah bandingkan dengan diri engko. teremosi lebih lak... engko susah, susah la engko, aku susah, susah la aku, yang senang, senang la...

Zura Firdaus B. Japri said...

kalau nak cakap, kerja basuh tandas awam aku penah buat.

nurulanessa said...

yelah yelah.jgn la marah.haha
ini pendapat aku.just flow dgn apa kita fikirkan .ini pendpt aku stlh bce entri kau.fikiran aku.:) cuma..
biarkan mereka dgn khdpan mereka.yg bersyukur alhamdulillah.yang mahukan sesuatu yg diingin kan,berusahalah.
cukup target yg dmahukan..memg seronok:)