Monday, August 25, 2008

Aku Masih Hidup

Jejak yang kau tinggalkan semasa kau dulu meredah dariku
bukanlah sebuah petunjuk yang mampu ku baca
tak pernah terjangka bahawa sukarnya untukku menjejak daerah itu
tak pernah aku terfikir betapa tinggi dakian yang perlu ku lakukan
sedangkan kau sudah jauh meninggalkan

Perjalanan ini sudah sampai masa payahnya
setelah sejak dari mula ku bumbu derita yang kau hadiahkan
panahan getir atas kesabaran yang aku sambut selama ini
ku rasa semakin menggigitku,melahap daging-demagingku
takkan aku harus membiarkan sahaja?!
mana pengubatnya?!!!
kau telah jauh meninggalkan…

Setelah hampir ku ke destinasi, tanpa petunjuk berguna yang kau tinggalkan
aku terkapar seolah nyawaku sedang disambut
aku bertarung untuk sehirup nafas yang menipis
aku berdendam dengan bahagia dahulu
tanpa ADA kau!!!
aku teruskan merangkak gigih kerana kepastianku di sana adalah bahagiaku
aku ingin sampai ke sana walau aku dijuah kemewahan bahagia
tak pernah aku terfikir tentang diriku! TAK PERNAH!
seperti dari dahulu aku sudah tidak bernyawa!
ada KAU PEDULI?!!!

Tak terjangka setelah beberapa lama aku berkiblatkan rahsia
tujuan itu mulai datang kepadaku mengerti aku kepenatan
mengerti aku kesakitan
berbisik sindir kepadaku;
KAU MASIH HIDUP!

7 comments:

Aina said...

cuba duduk seorang diri di satu tempat yang mempunyai ramai orang...

tengok seorang demi seorang..

ada sesiapa pedulikan kita?
ada sesiapa kisah kita hidup??

sebenarnya susah nak cari orang kisah tentang hidup kita..

jadi..hidup sajalah!!!

:)

Attila razmie said...

aku dah link ko dalam blog aku.hahaha

Cik-MeGa said...

merentasi blog ko, mengingatkn aku pd kata2 syazwan...
"zura minat menulis"
waktu tu aku pelik-pelik ayam gan statement die.
skang, aku da percaye!

Anonymous said...

salam ramadhan al mubarak buat kamu:-)

Anonymous said...

jika aku yang ditinggalkan..tidak sama sekali akan kukejarinya.namun aku akan membuatkannya berpatah balik..

amer zaman said...

terasa ada mood lagu berita kepada kawan..

puisi kau memang best!
sudah aku marathon!

mart gee said...

teruskan kehidupan mu itu dgn tabah

salam kenalan..