Tuesday, October 2, 2012

Aku Binatang Jalang

INI KITAB AKU>>> KITAB INI YANG AKU BACA>>> YANG MENJADIKAN AKU, AKU>>> KITAB INI PUNYA AKU>>> LALU AKU HIDUP CARANYA>>> KECEWA DENGAN RASA-RASANYA>>>

Friday, December 3, 2010

Budaya

Kau mengalunkan gendang irama
dalam gemerencang pesta kemeriahan
penuh kepura-puraan
saat anjing setiamu bebas keliaran
menjinjing belulang busuk
yang nanahnya tertera namamu

Kau datang lagi membawa khabar hibur-hiburan
dalam bingit pesta kemewahan
yang kaya-kaya miskin-miskin
saat anjing setiamu masih bebas keliaran
mengejar aku

Satu…
Satu…
Satu…
Satu…
Satu…

Apapapapapapapapapapapapapa?
Keliar berkeliaran mengundang gundah
masa aku menyampah
Apapapapapapapapapapapapapa?
Tak aku takut anjing setiamu itu
kerana anjing itu
turut golongan aku!

“Dalam kemeriahan pesta” (20Jun2008)

Sesekali aku menjuakkan pertanyaan di mana tempatnya untuk seorang individu yang cuba membangunkan budayanya di dalam masyarakat yang sudah jauh mengejar kemajuan. Berjuang secara sendirian kerna baginya dia sudah jemu dengan sekelompok pertubuhan yang hanya pandai mencanangkan peranan pembangunan sesuatu budaya dalam memastikan keseiringan dengan kemajuan. Namun masing-masing lupa. Lupa sebenar lupa dengan pegangan dalam sesebuah budaya masyarakat. Melayu khususnya di sini. Aku memetik kata-kata indah Hamka, “Falsafah sebagai penjelasan hidup, kesusasteraan sebagai nyanyian hidup, kesenian sebagai intisari hidup, Tasawuf sebagai intisari hidup, Ibadat sebagai pegangan hidup”.


Pada era baru ini dalam penglihatanku terhadap masyarakat kata-kata Hamka kini hanya menjadi bahan simpanan arkib, kerna setelah pengamatan bagiku; “Falsafah hanya sebagai satu matapelajaran di Universiti, kesusasteraan sebagai aliran matapelajaran sekolah menengah, kesenian sebagai mata pencarian, Tasawuf sebagai ilmu yang ditakuti,dan Ibadat sebagai pembuktian bahawa ia orang yang baik”.


Kesemua seakan lupa bahawa semua perkara ini yang sedikit sebanyak memberi sumbangan dalam mempertingkatkan martabat insan. Aku tertarik dengan ungkapan Aripin Said yang mengatakan “Keteguhan negara bangsa untuk meneruskan serta membina peradapan adalah berlandaskan keyakinan yang ada pada rakyatnya”. Sekiranya rakyat sesebuah negara yakin antara satu dengan yang lain, dalam membangunkan struktur budaya bangsa terbabit, maka sesebuah negara itu bakal membangun di samping masyarakat yang bersatu.

Untukku, bangsa Timur , Melayu pada pengamatanku perlu menghormati. Penghormatan kepada setiap individu. Seperti menghormati diri sendiri. Ianya seperti tugas individu yang sedia ada dalam diri. Perhubungan yang wujud merupakan matlamat dalam penghormatan ini. Tak semestinya dengan memperkenalkan diri sendiri kepada individu lain, tetapi boleh ditunjukkan melalui pekerti dan peribadi. Aku khususnya cuba “menjual” budaya Melayuku melalui puisi. Walaupun beberapa tulisanku kelihatan seperti menyisihkan ras sendiri, tetapi bagiku itulah cara perkenalanku. Itulah cara aku menghormati masyarakatku, seperti aku menghormati diriku sendiri.

Mencipta sajak bagiku seperti aku sedang bersuara di kalangan orang-orang yang ingin mendengar. Mereka yang mahu tahu pendapat orang lain, dan cuba untuk menjalinkan satu hubungan dengannya. Sajak itu bukan hanya perkataan, bukan cuma ungkapan, tetapi penyambung satu rantaian seorang manusia dengan manusia yang lain.

Selalu aku mendengar orang berkata, untuk menjadi penyair, pemuisi, seniman, seseorang individu itu perlu mempunyai satu kekuatan. Kekuatan untuk menyampaikan sesuatu di dalam karyanya. Bagiku aku tidak mempunyai apa-apa kekuatan di dalam tulisanku kerna puisiku hanya satu susunan kata yang membentuk SIAPA DIRI AKU SEBENARNYA. Aku mempertahankan bahawa di dalam setiap sajak tulisanku, mewakili satu bahagian dari dalam diriku. Begitu juga dengan jutaan sajak-sajak tulisan seniman lain yang mana setiap satu darinya mewakili satu bahagian dari dalam diri mereka.

Guruku, Abd. Ghaffar Ibrahim (AGI) seorang seniman yang banyak mengajarku tentang nafas. Yang selalu memberi dorongan, yang memperkenalkan aku dengan dunia kepenyairan. Pernah dia berkata kepadaku bahawa aku perlu berani. Dari sajak-sajakku aku menjual budayaku. Aku menjual dengan memperkenalkan aku. Aku sebagai wakil budayaku. Dalam perkenalan itu, aku perlu mengejar setiap patah dan ungkapan yang ku tulis dan lafazkan. Maksudnya, aku harus faham akan undang-undang dan tradisi dalam budayaku. Yang penting, aku perlu mempertahankan apa yang telah terhambur daripada karyaku. Mudah untuk bersuara, payah andai terlajak kata. Untuk itu, aku perlu berhati-hati.

Sajak pada masa kini lahir dengan rakus. Setiap dari seorang individu telah dan pernah menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah sajak. Samaada secara rela atau terpaksa kerana tuntutan matapelajaran di sekolah. Bagaimana untuk kita menilai sama ada sesebuah sajak itu benar-benar memberi kesan dalam pembangunan budaya, khususnya dunia sastera? Adakah dengan penggunaan perkataan-perkataan yang hanya dapat difahami oleh sesetengah individu? Atau melalui penyampaian tulisan sajak tersebut yang mempunyai pola susunan tersendiri? Banyak pertanyaan yang memungkinkan kembali persoalan apakah kekuatan sajak tersebut. Bagiku sajak itu adalah sajak apabila ia memulangkan sesuatu kepada kita yang tak pernah kita ketahui dipinjam. Ia memberikan jawapan kepada soalan yang tidak pernah kita tanya. Memberikan nikmat dalam sesaat penderitaan dan kepayahan hidup kita. Sajak itu memberi salamnya, lalu kita sambut dengan terbuka, kita cuba mengenali siapa sajak itu dan bersahabat dengannya.

Sajak yang menjadi sahabat pertamaku adalah sajak Dalam 58, dari himpunan “Dari Dalam Dalam”, Sani Sudin. Mulanya aku menganggap sahabatku ini gila. Kerna ketegasannya, kerna marahnya, kerna maki-makiannya, kerna ketidak puas hatinya. Setelah beberapa lama aku berdamping dengan susunan isinya, aku mulai mengenal dirinya. Sedikit demi sedikit rahsianya dipecahkan sehingga akhirnya aku sedari dan mengakui ia sahabatku kerna sikapnya sedikit sebanyak seperti sikapku. Tegasnya seperti tegasku, marahnya seperti marahku, makinya seperti makianku dan jeleknya seperti jelekku. Ia seperti aku. Pengamatanku. Terus aku menerimanya. Sifat kritis penulisnya dalam menyampaikan rasa dan pengalaman sama dengan gelodak dan bentakku. Tak salah kalau aku katakan bahawa pengalaman rasa penulisnya sama dengan pengalaman rasaku, sungguhpun aku belum pernah bersua dengannya. Di situlah indahnya sajak bagiku. Nikmatnya apabila kita merasai pengalaman itu. Apabila kita tahu kita tidak bersendiri. Sehingga kita mengaku, DIA MEMANG BERANI! Pantasnya sajak itu menjadi wakil individu, iaitu penulisnya.

Setiap dari satu sajak yang kutulis berubah-rubah nada dan gayanya. Namun aku tetap menyimpan tema yang sama. Pencarian kehidupan yang aman. Benar-benar aman. Cuma sesekali aku membidas golongan yang langsung tidak mengambil peduli akan makna kehidupan. Golongan yang terus-terusan menjadikan kehidupan mereka hanya untuk dinikmati oleh diri dan keluarga mereka sendiri. Di sinilah tanggungjawabku untuk menyatukan setiap masyarakat tanpa mengira kaum, kerna manusia berasal dari benih yang sama. Tanpa mengira darjat kerna menghirup nafas dan berpijak di bumi yang sama. Tanpa mengira agama, kerna dicipta oleh Tuhan yang satu. Bagiku setiap individu adalah sama, semua sama. Hidup kerna Allah Taala. Jadi tidak perlu meminggirkan sesuatu individu itu kerana dia, siapapun dia, dia hidup bersama budayanya dan mungkin kerana sesuatu, dia bertanggungjawab untuk “menjual” budayanya.


Zura Firdaus Japri

Saturday, August 21, 2010

Entri 1

Yaa.. sudah bulan puasa 2010.. bermakna hampir setahun sudah aku tidak menulis sebarang puisi mahupun cerita berantakan. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku disekeliling, lebih menjadikan aku tertanya.. benar ini reality? Masuk saat ini aku sudah berusia 25 tahun tetapi aku masih merasakan bahawa usia aku tetap seperti 18. Kadang-kadang 17 (sebab hari2 aku berada di sekolah dikerumuni anak-anak murid yang rata-rata berbadan lebih besar dariku). Masuk saat ini juga sudah dua tahun aku meninggalkan alam pengajian yang paling seronok (bukan sebab pengajaran tetapi pengalaman hidup sebagai pelajar bersama kawan2). Masuk saat ini juga sudah tiga tahun aku tidak menjejakkan kaki ke tanah lahir aku, kuala pilah. Masuk saat ini juga sudah tiga tahun aku tidak bersuara di sebarang majlis memekik puisi bersama guru dan sahabat perjuangan, Ayahanda Agi dan Wak Dol. Masuk saat ini juga bermakna sudah dua tahun aku meninggalkan aktiviti pembikinan video mahupun sebarang teori filem yang sudah sebati dengan diriku sejak berusia 17 tahun. Dan yang penting, masuk saat ini juga sudah dua tahun aku bekerja sebagai pendidik yang penuh suasana dan karenahnya. Segala perkhabaran yang aku terima setiap hari aku simpankan dalam sebuah nota kecil untuk tatapan dan simpanan aku, cuma beberapa daripadanya aku simpan untuk diriku sendiri. Jujur aku kata bahawa sekarang, masa aku menulis entri ini aku jadi blank sebab terlalu banyak perkara menarik, peristiwa yang berkenaan dengan aku yang terjadi (yang xbest pun ada). Aku tak tahu apa nak cerita untuk entri aku yang pertama ini setelah lama tidak menulis. Jadi aku biarkan sesiapa yang membaca entri ini memberi sebarang cadangan untuk aku menulis cerita apa. Aku akan cuba sebaik mungkin. Blog aku mungkin sudah bersarang dan aku cuma boleh berharap akan ada sesiapa yang masih sudi membaca tulisanku di blog ini. Senang cakap, first come, first serve. Dan insyaallah aku akan cuba untuk bangkit menulis semula sebab ada yang cakap “kenapa berhenti sedangkan kau tahu itu kelebihan kau?”. Aku akan cuba. Jadi, sesiapa yang nak beri cadangan? Sila…sila…

Friday, November 27, 2009

Kelabut Beberapa Bulan

Sudah berbulan tidak melibatkan diri dalam perkongsian tulisan, jadi hari ini aku mengambil sedikit masa untuk memuat naik sedikit puisi yang sudah kusalin semula ke dalam komputer (beberapa tulisan lagi masih belum sempat disalin kerna banyak kerja @ tiada masa).

Kedustaanku


Matikah dia?
Kalau hakikatnya dia sedang kalah
melalui pena merahnya dia mencarik sebaris perkataan
“sedang dalam kekalahan. Berundur? ……” sambil berpaling kepadaku dia tersenyum diam

Aku turut sama menyebelahinya
tanpa bicara
dia sedang aku fahami dengan pemahamanku, mengangguk-angguk setuju
sedangkan kejernihan matanya menyatakan kepadaku;
“terima kasih saudaraku, namun pergilah… biarkan aku kerna kedustaan ini telah membunuh jiwaku… Cuma pintaku agar kau lakukanlah kewajipanmu.kewajipanmu itu yang bakal menyelamatkan kau dari kedustaanmu sendiri”

Aku tinggalkan dia tanpa aku ketahui
sehingga hari ini setelah lima tahun, tujuh bulan, sebenarnya ketika itu aku sedang meninggalkan sebahagian dari kewajipanku!


080809©
0115a.m
Seremban



Sakit!

Di atas tanah ini
aku kelihat susuk derita
masa derai malam berkelam
meski masih dengar juah rintih-rintihan
si ibu yang menggonggong kemiskinan

“kitalah masyarakat yang bersama-sama membangunkan bangsa, negara dan agama!”

Suara hitam masih kedengaran
saat hiruk pikuk setia kemanusiaan
bertembung dengan arus pembangunan

lalu ku bangkit berjalan
menuju ke arah yang bukan kepastian

211009©
kuarters guru
SMKLuiBarat




Tiada Guna Berbicara.

Bagai melukut benarnya
jauh beza dari nyata
aku memandang sudi biarpun tidak
kata sebenarnya….
Masih tak sudi

Ahh..masakan tak tercapai dengan usaha sendiri
biarkan dia faham apa makna hidup…
Sesukar mana payahnya
masih dia mampu menanggung nafas!

281009©
0945pm
Lui Barat

Saturday, September 19, 2009

-Selamat Hari Raya Idul Fitri-

hahahahahaha... sungguhpun puasaku tak cukup sebulan...

Friday, August 28, 2009

Gugup

Cuma beberapa hari saja lagi aku akan bergelar seorang pendidik. Suatu pekerjaan yang langsung tidak pernah terlintas dalam fikiranku. Bukan aku memandang pekerjaan ini tidak bagus cuma melihatkan peribadiku yang panas baran membuatkan ramai yang tidak percaya aku akan menjadi seorang guru. Dahulu, semasa aku masih di alam persekolahan, selalu mulut dan telinga aku dan rakan sekelasku menyebut dan mendengar cemuhan dan kutukan perihal seseorang guru yang mengajar kami. Pelbagai kata yang kurang menyenangkan apabila berbicara tentang seseorang guru yang mengajar kami, walaupun sebenarnya kesalahan seorang guru tersebut adalah cuma mahu pelajarnya untuk tekun belajar. Sebenarnya kini aku gugup. Gugup memikirkan keadaan yang bakal aku alami saat aku melangkahkan kaki ke dalam kelas yang bakal menjadi medan pertempuran antara semua himpunan masa laluku(zaman persekolahan). Ya, sebenarnya aku kini menganggap bahawa setiap yang pernah aku lakukan dan ucapkan tentang guruku dahulu, bakal dibalas ke atasku. Sungguhpun aku cuma bekerja dan menyimpan niat untuk melakukan sesuatu yang bermakna dalam kehidupanku (tanggungjawab sebagai seorang manusia kepada manusia lain). Walaupun aku belum memulakan pengajaran, namun aku sudah merasai perasaan sebenar seorang guru, bagaimana niat dan tujuan sebenar seorang guru terhadap saudara keturunannya. Kini aku sedikit kesal atas sikapku dahulu terhadap guru-guru yang pernah mengajar aku. Aku cuma berharap agar kerjaya baruku ini bakal menjadikan aku seorang manusia yang baru. Manusia yang benar-benar memahami erti tanggungjawab, kerana tak mustahil kalau dahulu aku pernah memperlekehkan guruku, akibat yang sama bakal berlaku ke atas diriku.

Thursday, July 30, 2009

Monday, July 27, 2009

Hal Berkait

himpitlah aku
hampir setiap zarah nadiku terasa bebannya
dan telah gugur sudah
setiap yang terpaksa ku terima, acapkali tanpa rela aku terima

manusia itu terus dengan hidup
tanpa ia tahu
aku di sini juga
tuli kerana mendengar ia membumbu-bumbu cerita
hidup ini konon sebenarnya untuk semua!

Monday, July 20, 2009

Hari itu

hari itu
aku dibumbu resah
kesunyian bukan kepalang bersapa menjemput
seolah langkah jujur yang ku ambil bukan sebenar
lalu aku ungkapkan pengertian yang ku tahu, cuba memujuk diri
sambil menunggu apa yang bakal ditawar kepadaku
sedangkan aku cuma memberi perhatian,
kepada golongan yang tidak pernah memberi sokongan!


200709
seremban

Friday, July 3, 2009

Burung Kenek-Kenek



Sekadar berkongsi sebuah lagu yang pernah hit suatu ketika dahulu, dan masih menjadi siulan sehingga sekarang hehehe... (teringin sekali membacakan lagu ini dalam pengucapan puisi)


Burung Kenek-kenek
Terbang tinggi di awan
Pesan datuk nenek
pandai-pandai cari kawan

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas dahan
Pesan datuk nenek
Sujudlah pada Tuhan

Geleng-geleng sapi
Berbulu di telinga
Atur tapak kaki
Berdiri lama-lama

Geleng-geleng sapi
Sapi berbulu merah
Atur tapak kaki
Cepat-cepat melangkah

Burung kenek-kenek
Hinggap tepi perigi
Pesan datuk nenek
Bangun pagi-pagi

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas atap
Pesan datuk nenek
Rajin-rajin baca kitab

Lenggang-Ienggang kangkung
Kangkung di tengah rimba
Berair berair kabung
Budak nak makan gula

Lenggang-lenggang kangkung
Kangkung di tepi pagar
Berair berair kabung
Budak nak makan sakar

Burung kenek-kenek
Hinggap di atas bumbung
Pesan datuk nenek
Jangan laku sombong

Burung kenek-kenek
Hinggap pohon kelapa
Pesan datuk nenek
Patuh ibu bapa

Lagu: Aripin Said

Friday, June 26, 2009

Teringin Benar dalam Duniaku (Tari Liar)


Teringan benar benar benar teringin
bermain agung bebas gendang ketuk-ketuk liar
sambil menari nari tari
DALAM MIMPI!!!!

*Kok daghi hidup moncari budi
budi takdo apo nak buek?

kok daghi hidup moncari dighi
tapi dighi mombonci amek!

Ku lihat ku lihat ku lihat
ada seseorang dalam dalam mimpiku
CIS!!!
MENYAMPAH AMEK-AMEK!
Pergi! Pergi! Pergi!
Oi!!!!!!!

----------diam---------

Teringin benar benar benar teringin
teringin liar dalam bunyi ketuk ketuk liar
sambil menari nari lihat benci
terpaksa mencari MIMPI!


© zarithamirfikri
Seremban

Wednesday, June 24, 2009

Manusia Gagal?

Aku seorang manusia yang gagal
serba serbi kekurangan
kerana sikap... atau mungkin prinsip yang memakan
selepas kepercayaan aku taburkan
akhirannya sukar menerima kebenaran

oh Tuhan...
berikan aku sebenar-benar kekuatan
membantu harungi kehidupan
kerna pada hari ini : aku dibelenggu kegagalan!

Wednesday, June 17, 2009

Doa kepingin seorang manusia

aku merempuh neraka
sedang hatiku gelumar di sana
setiap kejahatan lalai itu membeku
kalau benar itu nasib kalau benar itu rezeki
itu jua yang ku tempuh





aku merempuh syurga
sedang hatiku berbunga di sana
setiap kebaikan sedikit itu menggoyah
kalau benar itu nasib kalau benar itu rezeki
itu jua yang ku tempuh





aku merempuh dunia
sedang hatiku berontak di sana
setiap kebaikan setiap kejahatan beraja di sana
kalau benar itu nasib kalau benar itu rezeki
sekonyong-konyong aku berdoa:





"Ya Allah, hidup dan matiku hanya atas namaMu.
Setiap kebahagiaan dan kesakitan, rezeki dariMu.
Kau hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu jujur untuk hambaMu
Lalu Kau matikanlah aku sekiranya kematian itu benar yang terbaik untukku."





aku manusia yang mengunjung kehidupan
semasa pencarian itu hampir dalam genggaman






©
zarithamirfikri
seremban

Thursday, June 11, 2009

Selamat

Selamat buat semua!
hahahahaha....

Tak tau ke ada yang derita?

Kalau benar gembira kau itu pangkalnya,
dungulah kau sebenarnya dari pucuknya,
hahahahaha....
hahahahaha....
hahahahaha....

Wednesday, June 3, 2009

Assalammualaikum...

Assalammualaikum...
sedangku menjuakkan jujur
lalu pergi tinggal : menggonggong kabur
cuba menggapai
sezarah pahala dalam jutaan dosa
masih tertinggal keciciran doa

Assalammualaikum...
izinku mundur
simpankan segala kenangan dunia
kerna di neraka,
aku takkan punya apa!

Wednesday, May 27, 2009

Cerita Yang Mungkin Menarik Minat Anda


Semasa di darjah empat. Sekitar jam enam pagi. Semasa ini aku dan keluarga tinggal menyewa di Kampung Dioh Seberang Pekan, Kuala Pilah. Semasa melihat gambar ini, aku rasakan seperti baru semalam gambar ini diambil oleh Mama. Ayah menyewa dua buah rumah sekali, termasuk rumah sebelah. Sebuah rumah untuk Ayah,Mama dan Mak Yu, manakala sebuah lagi untuk aku adik lelaki dan perempuanku. Sewa kedua-dua rumah ini cuma berharga RM140 pada ketika itu. RM 70 sebuah rumah. Mengapa murah? Kerana terpencil, dan yang terutama banyak kejadian pelik yang berlaku di sekitar rumah ini. Dari pagi sampai ke pagi, akan sentiasa ada gangguan. Yang nampak, dengan yang tak nampak. Aku ingin bercerita yang nampak terdahulu. Yang masih tidak dapat aku lupakan adalah sekitar jam enam pagi, saat aku mahu memakai kasut untuk ke sekolah, semena-mena aku terlihat sesuatu benda di atas rak kasut yang terletak di bahagian kanan gambar (tidak kelihatan). Aku amati betul2 benda yang dihurung semut itu. Nak tahu apa? Lidah! Lidah! Benda tu lidah. Lidah la. Cuba kau cerminkan muka kau sambil jelirkan lidah kau. Lidah tulah. Lidah. Aku buat tak tahu dan terus membonceng motosikal ayah tanpa beritahu sesiapa sehingga ke hari ini. Lidah sapa? Aku tak tau dan tak nak ambil tahu. Yang kedua, yang ternampak; sebulan sekali pasti akan muncul seekor ular hitam (Ular Tikus) cuba menyusup masuk dari pintu pagar koboi rumah (dalam gambar). Kadang2 melalui pintu dapur… Banyak lagi… Hahaha. Yang tak nampak? Jangan cerita. Yang terbang ada, yang cakar dinding ada, yang main kejar-kejar dalam rumah ada, yang tumpang mandi ada, yang pinjam dapur nak masak ada, buat bilik macam bilik tidur sendiri ada, yang perasan nyanyi sedap ada, yang mintak lagu K.R.U pun ada. Hahaha. Yang mintak lagu K.R.U tu yang kena adik lelaki aku kat rumah sebelah. Masa tu dia demam. Kesian adik aku, terus menerus seminggu demam dia. Yang terbang cuma Makyu dan ayah aku je Nampak. Yang paling aku ingat aku terkena semasa arwah atuk aku ada sekali kat rumah tu. Aku terjaga tiba2 dari tidur dan jeng jeng jeng aku tengok benda tu tengah rukuk sembahyang depan aku. Membelakangkan kiblat. Opppsss bulu roma aku meremang dah ni. Stop la cerita ni. Tak sedap hati pula. Hahaha.


Aku bercerita ni cuma terkenangkan zaman aku di rumah ni. Banyak juga perkara menarik yang berlaku. Perkara yang mematangkan aku. Dalam usia inilah aku banyak belajar mengenal manusia. Aku kenal dengan seorang perantau Indonesia. Aku gelarkan dia Wak. Seorang yang pendiam, baik hati, dan sedikit sebanyak mengajarku beberapa jurus silat. Hobinya? Memanjat pokok. Setiap petang dia akan menghabiskan masa memanjat dari satu pokok ke pokok, termasuk pokok kelapa yang berpuluh kaki tinggi. Menariknya, untuk sampai ke puncak dia cuma memerlukan beberapa saat sahaja. Biasalah, orang Acheh. Ada ilmu dia aku rasa. Berbual dengan Wak ni best. Sambil berteman kopi bikinannya, mau sampai ke pagi aku melayan dia berbual. Kebanyakkannya cerita dia dan masyarakatnya di kampong.


Di rumah ini juga aku dan keluarga pernah membela hampir lima puluh ekor kucing, yang kebanyakannya dikutip di Pasar Besar Kuala Pilah oleh Ayah, Mama dan Makyu. Kadangkala secara tiba-tiba muncul seekor kucing di depan rumah kami (dibuang la oleh orang kampong). Sampai ayah terpaksa menyewa tapak bawah rumah Wak untuk dibuat kandang kucing. Menariknya, kucing-kucing kami namanya bermula dengan huruf S. Sebut je apa. Shiba, Shila, Shika, Shina, Syukur, Shuib, Samsul, Shida, Shikai, Shibai pun ada, Sally, Shikin, semua lah. Kecuali beberapa ekor macam Ibu, Pucat(kucing kesayangan dan kucing pertama kami sekeluarga, kira mascotlah.Pernah dua minggu hilangkan diri dan muncul semula semasa hujan. Satu keluarga menangis bila Pucat balik rumah. Sedey dan bangga woo masa tu), Tompok, Push (kucing faveret aku), Flashman, Maskman (dua2 ekor ni macam kembar sebab adik beradik. Beza kat kaki. Flash ada stoking putih kat kaki, Mask xde)


Bukan kucing je, Tenggiling pun ada…. Anjing pun ada. Jenny dengan Meishua. Jenny aku dengan ayah yang jumpa dalam semak. Dekat rumah aku. Cilakak punya orang yang buang. Ingat rumah aku ni zoo ke? Mentang2 banyak binatang. Jenny ni kira anjing pertama kami. Bela sebab kesian. Masa tu kecik lagi, dari semak dia ikut aku ngan ayah dari belakang. Tekedek-kedek je mengikut. Bila aku ngan ayah berenti, dia berenti sama. Jalan balik, dia ikut. Kesian terus bela. Meishua ni aku tak ingat bila dia muncul. Yang pasti dia adalah haiwan yang paling aktif dan setia. Tak macam Jenny yang agak liar dan susah nak ajar. Jenny ni dulu diajar salam tau? Bila kami cakap “Jenny, shake hand!”, dia duduk dan menghulurkan kaki hadapan kanan dia seperti bersalaman. Selagi tak disambut, selagi itulah kakinya itu diangkat. Aiseh aku emosi pulak nak nangis ingatkan Jenny… Hahaha. Sedih woo kalau kau sayang sesuatu yang bernyawa. Dengan Jennylah kawanan haiwan ini membiak sampai muncul 12 ekor anak haiwan ni. Selepas tu kami berpindah ke rumah pusaka Mama di Juasseh. Semua haiwan ni kami bawak gilir2 naik moto masa tu. Aku ingat masa aku dengan arwah Paksu bawak Meishua pindahkan dia dari Dioh ke Juasseh naik motor. Arwah rantaikan dia kat depan sambil dia duk kat raga motosikal. Bukan main bangga dia dapat duduk depan. Meishua ni bangang sikit. Manja lebih. Jenny pulak lain cerita.Ayah dengan arwah yang bawak. Anak2 dia arwah masukkan dalam guni dan di ayah yang pegang kat belakang. Jenny kena rantai kat depan, duduk dalam raga motor. Dalam perjalanan beberapa kali arwah kena berhenti sebab Jenny asyik nak lari ke belakang tengok anak2 dia yang tengah bising. Kadang2 bila ada moto atau kereta yang lalu dari arah depan, disalaknya. Yang tak mau ikut cuma Ibu yang ketika itu lari nak ikut jantan lain dengan Pucat yang sehari sebelum pindah hilangkan diri lagi.


Selepas berpindah ke Juasseh, kami cuba menambah koleksi haiwan kami. Kelawar yang disimpan dalam bilik di rumah sebelah, sebuah rumah tinggal milik saudara Mama.Termasuk ular sawa. Tetapi cuma sempat bela ular sawa ni tak sampai tiga hari. Lepas dari kurungan. Hebat ular ni. Sekarang entah dah besar mana dah… dah la rumah tu keliling hutan. Lama-kelamaan, seekor demi seekor haiwan kami mati. Kami menyaksikan sendiri anak-anak anjing kami mati. Syuk mati tiba-tiba, kemudian diikuti oleh adik-beradiknya yang lain. Jenny pulak masa tu cuma tengok je.Push, kucing kesayangan aku mati lepas mengunyah daging yang aku bagi. Masa dia tengah makan, dia berenti sambil tangannya cuba mencapai sesuatu dari celah giginya. Aku pegang dia dan tengok. Ada cebisan daging dicelah-celah bawah giginya. Perlahan-lahan sambil dia meronta-ronta, dia berbaring kepenatan mencari nafas dan PUP!!! Tiba-tiba terus padam, keras. Depan aku lak tu. Aku ingat dia main-main. Dah lama lepas aku periksa, la… Sambil menangis la aku tanam dia kat bawah pokok durian jantan tu. Anjing kami, Meishua pula kami bagi dekat Cina yang datang nak buru babi kat hutan rumah kami. Masa tu Meishua dah penuh dengan kurap, (sebab selalu main tanah ngan lumpur. Masa tu ayah dengan arwah buat projek kolam ikan, tu yang dia join sekali berkubang dalam kolam ikan tu. Cina ni kesian la tengok Meishua ngan dia cakap Meishua ni memang dari baka untuk berburu. So, dengan berat hati, kami bagi la Meishua kat Cina ni sebab tengokkan anjing-anjing Cina ni yang lain bukan main sihat lagi, tak macam Meishua. Sedih gak masa tu tgk Meishua naik jeep Cina ni sambil memandang kami kat belakang. Yang menangis teruk masa tu adik perempuan aku la… (Yang bestnya, satu hari lepas beberapa lama Meishua takde, masa kami adik beradik tengah berjalan dengan Makyu kat Rumah Murah Juasseh, kami jumpa Meishua kat rumah tuan dia yang terletak dekat dengan rumah murah arwah atuk aku dekat Rumah Murah Juasseh. Mula-mula ingat anjing lain, bila Makyu aku sebut je nama dia, dia terus meloncat-loncat, berlari ke arah pintu pagar rumah tuan dia. Bila dibelek, sah itu Meishua! Kenal sebab mata dia buntang! Hahaha menangis lagila adik perempuan aku ngan Makyu aku ni. Mula dari hari tu setiap kali kami singgah kat rumah murah, kami mesti jenguk Meishua. Setiap kali jumpa, dia mesti meloncat-loncat nak terkam adik perempuan aku ni.) Jenny pula paling lama kami simpan. Lepas semua anak-anak dia mati, dalam setahun setengah lepas tu, kami berpindah ke Gentam. Jenny kami tinggalkan dengan PakLang. Tak boleh bawa dia sebab kami tinggal menyewa di rumah pangsa. Kang kalau bawak anjing tinggal kat rumah pangsa, apa pulak kata orang ye tak? Jadi kami tinggalkanlah dekat Pak Lang, dan Pak Lang jaga sampai la dia mati. Kucing-kucing aku yang lain semua mati. Mungkin sebab penyakit yang tiba-tiba menyerang haiwan kami ni. Sekor demi seekor pulak yang mati. Yang tinggal cuma Jenny.Last aku jumpa Jenny masa aku dalam form 2 kat rumah Pak Lang. Sempat aku suh dia shake hand ngan aku. Dalam perjalanan balik, menitik gak air mata aku ingatkan zaman gembira aku dengan dia.


Aku cerita pasal haiwan ni bukan nak tunjukkan yang aku ni seorang yang baik, penyayang dekat haiwan, sentimental apa bagai. Mungkin ada yang membaca akan cakap: “Bela anjing?” Aku jauh sekali nak menyentuh sensiviti masyarakat semanusia dengan aku. Cuma aku ingin bercerita, tahun-tahun itulah tahun yang amat menggembirakan aku kerana aku dapat menikmati hidup dengan sejumlah rakan disekelilingku. Walaupun secara jujur ketika itu tidak ada seorang pun rakanku yang mempunyai jasad manusia, tetapi aku seronok berteman dengan haiwan-haiwan ini. (ada kes member sekelas aku hebohkan yang aku bela anjing, habis semua budak-budak taknak rapat dengan aku. Hahaha kecil-kecil dah kena didikan yang salah, macam mana?).


Beberapa tahun sudah masa aku ceritakan hal ni dekat teman wanita aku, dia macam tak percaya. Sebab selama ni dia tengok aku cukup menyampah dekat haiwan yang berbulu ni. (aku ni ada lelah weh), dan dia lagi tak percaya bila aku cakap aku pernah bela 49 ekor kucing,14 ekor anjing, dua ekor tenggiling, berpuluh ekor kelawar, tiga ekor sesumpah, dua ekor kala jengking, tiga ekor murai, seekor kelicap, seekor ular sawa (3hari), dan aku cakap kat dia jangan terkejut kalau satu hari nanti aku buat zoo untuk bela haiwan-haiwan macam ni. Dan jadi tugas aku, isteri aku, dan anak-anak kami, InsyaAllah… memberi kasih sayang dan perlindungan terhadap haiwan-haiwan ni. Dia cuma ternganga pandang aku….

Tuesday, May 26, 2009

Jatuh Cinta Lagi?

Aduh... kali ini aku rasakan yang aku sudah jatuh cinta lagi. apa yang jatuh cinta, aku tak tahu. kepada siapa pun aku tak tahu. sudah berbulan aku tak ketemu dengan susuk seorang wanita. sepanjang beberapa bulan dalam pekerjaanku aku hanya ketemu dengan susuk kejantanan yang berusia. bagaimana pula dengan susuk wanita? di sini? sekelilingku kini? hampeh! aku cuma menunggu sedikit ketika sekiranya aku berkunjung ke bandar. itulah masanya untukku melihat susuk-susuk munggil wanita dari yang masih menuntut hinggalah bekerja. itupun sehari dalam tiga minggu. sudahlah bekerja dalam pejabat yang majoriti lelaki, tinggal menyewa di kawasan yang tiada bayang anak dara, arghhh!!!!! TAPI, MENGAPA AKU RASA AKU JATUH CINTA? mungkin sebab sudah enam bulan sudah tidak bertemu dengan si dia. mungkin... mungkin...

Monday, May 25, 2009

kerana Dia aku sanggup juahkan segala rasa yang terkurung dalam diri.
kerana Dia aku sanggup menghamba terus kepada manusia lain.
kerana Dia aku sanggup menukar nyawa andai itu taruhan.
kerana Dia aku sanggup menggadai segala.
kerana Dia aku sanggup menurut kata.
semua kerana Dia.
-Mama-

Thursday, May 21, 2009

Aku Dah Malas

Hidup semakin sibuk. Hanya sempat menulis di atas kepingan kertas. Aku lebih suka tanganku menari menulis patah demi patah kata dari menekan papan kekunci. Aku sudah semakin membenci alat yang bernama komputer ini kerana berjam2 sehari aku menatapnya dan menyebabkan mataku sering kesakitan pada waktu malam. Benci macam manapun, inilah cara untukku memperoleh rezeki. Mahu atau tidak, monitor Acer ini akan sentiasa menghadap makianku saban hari....

Monday, April 27, 2009

Malam 21 April 2009



malam ini kian pasrah mengatur langkah

ku cuci deraian luka dengan tangan berdarah

masa kepercayaan dalam diri

bukan saja perhitungan kini.


menunda cinta yang tak pernah terungkap

mengundur terus bukan menyerah

dan tidurku terus diselimut

berdoa tanah terus berpasir. lautan masih berombak.

masih berjaga, tak apa-apa

cuma seketika aku terlihat bayangan

detik yang telah ku tempuh!


lalu ku lari mencari siang

sambil mengutip sajakku yang keciciran

tak mahu ku tunggu hingga tersesat jalan

cuma ingin meraih kehidupan yang masih terpendam!



210409

1241am

seremban

Saturday, March 28, 2009

di dalam nota dengan bunyi kod C


sebenarnya bukan ini yang mahu kutanggung
berborak ku bergumpita dalam unggun-unggun kehidupan
bara kemerahan itu memberikan kepanasan
melaluinya nyawaku disambungkan
melaluinya jugalah roh-roh yang dambakan kehidupan
beratur menunggu jasad yang tidak diketahui identitinya
rakus kerna setiap nyawa ada
berpijak dalam setiap rezekiNYA
mengikut setiap takdirNYA
membangkitkan keinginan ku untuk mengetahui betapa sebenarnya dalam penciptaanku
disebalik hidup urat sendi tulang daging darah kulit NYAWAKU!
roh mana yang menghuni jasad, menjadi personalitiku; siapa?
dengan sebuah fakta yang mengatakan aku manusia; itu apa?
berhutang nafas degup kehidupan rezeki dari tanganNYA
menumpang tanah gedung alam hasil limpahan ciptaanNYA
namun masih sanggup ku melakukan walau sezarah dosa
masih tak malu ku meminjam walau tahu tak mampu membayar
masih berat untuk mengerjakan ajaran
itu masih satu kelemahan
perlukah naluriku meneruskan bisa
walau bunyinya seakan ku menentang
haruskah dibiarkan...
sehingga sampainya
adakah nanti bakal ku berteduh di pohon yang menyanyi riang
atau ditertawa seksa bara kehitaman?
jawapannya bakal ku tahu saat kematian!


170309
1141pm
seremban
*pertanyaan yang terlahir saat mendengar gubahan "Piano Concerto 21 In Chord C" oleh Mozart sebanyak 13 kali.




kebenaran yang jujur


cerita benar tak semesti jujur
walau dalam kesangsian itu wujud kebenaran
lalu sebenarnya tak berdaya untuk diluah tak wujud walau dijuah
itu cerita benar. sebenar-benar.

cerita itu satu kepercayaan
kepercayaan yang menghamba
berbeku bila melintasi urat tubuhku.
kisah itu... menjerumus ke daerah palsu.

190109

Saturday, March 14, 2009

Hilang

pergilah ke lembangan itu
di situlah bahagia
tiada siapa akan mengganggu
kerana kelam itu sudah hilang
disebalik keberanian dan kejujuran
kau pasti menang!

jangan hindari musuhmu
kerana dia juga manusia, bernafas udara sepertimu
yang sama meminjam kehidupan dari Penciptamu
setiap ketidak adilan musuhmu
merupakan kemenangan dalam kejujuranmu
percayalah kau akan menang

yakinlah dengan kepercayaanmu
"Allah adalah Pelindungku"
ketakutanmu akan hilang
disebalik kemenanganmu
masa kau menjunjung
kudrat kehidupanmu!


seremban
270209
153am

Thursday, February 19, 2009

Selamat Aqsa. (hampa tak berdaya)

kali ini tidak ada sebarang berita
yang bakal meluakkan duka
tidak ada satu cerita yang membolehkan ku berpaut pada kebenaran
setelah tali yang memujuk membungkam diam

kala itu juga tiada keindahan pantai
tidak surut tidak pasang tidak terhakis tepian
seolah batu menghitam yang megah berdiri dihempas kelam
itu aku di pangkal anganan
masih ku cuba mengunjung. menyusur. menggonggong jujur.
masa masih cuba mengharap. sendirian.
kala kata tinggalan terucap
selamat jalan buat kemenangan

8.49pm
180109

Sunday, February 8, 2009

Aku Kepingin Syahid

itu dia datang...
walau tak sebenar berkata
itu dia...
dia...
mungkirnya bukan sengaja!!
ah... kalau cukup dia bercakap
tumbuk sahaja mulut mulusnya
biar terhambur berdarah!!!!!
hati puas? bukan? tidak?
tak cukup dengan berkata, tak mahu kejamnya
babi!
seekor haiwan haram!
secukup haram pengucapannya

kalau diziarah keberanian
aku rela membunuh
membunuh bukan kerana nafsu
membunuh bukan kerana dendam
membunuhku kerana ia
saling bersangkutan
dia dan pengucapannya!
sial!
masih belum cukup kepuasan
hanya dari pengucapanku

dan kalau keranaMu Allah
aku boleh membunuh babi-babi itu!

Thursday, December 25, 2008

Jalan Mati

Pekat jalanan,
lorong yang menghitam balik suram

Lolong-lolong anjing dengus,
minta pulang di selamatkan…

Maju deru
meruntuhkan rasa…

Kita harus maju!!

Iya ibu, iya bapak,
aku ingin maju…
cuma carikkan kuntum kemboja
untuk kepulanganku

Rasa Rasa

Rasa-rasanyalah…
kita punya perasaan
ingin rasa kecintaan
penghargaan
rasa-rasa yang tak tertewas
rasa musnah
rasa berantakan
rasa berontak!
Amarah!!
Dendam!!

Rasa-rasa ini pemangkin rasa
yakin perasaan itu cuma rasa
rasa-rasa mustahil


kita manusia perasa
penuh rasa-rasa


©lahir pada 160707

Kerja Dan Sekolah (Satu Pengalaman)

Deria hidup manusia kini semakin tajam berbanding tujuh puluh tahun dahulu. Kesusahan untuk mendapatkan pendidikan tidak lagi sesukar dahulu. Dahulu kanak-kanak yang tidak bersekolah akan dibiarkan mencari arah tuju sendiri, tetapi beberapa tahun lalu wujud undang-undang yang mewajibkan kanak-kanak yang berusia tujuh tahun tetapi tidak bersekolah, ibu bapanya akan dihukum penjara. Mahu atau tidak, kanak-kanak terpaksa bersekolah. Mampu atau tidak, harus bersekolah. Saya bernasib baik kerana dapat bersekolah. Kerana itu saya boleh menurut arus semasa sehingga ke hari ini. Saya sengaja menyebut undang-undang persekolahan di atas kerana saya ada cerita yang ingin dikongsi bersama. Cerita semasa saya di bangku sekolah rendah. Zaman yang menyakitkan bagi saya kerna saya terpaksa belajar dan bekerja untuk membantu meringankan beban keluarga. Saya terpaksa, dipaksa oleh ayah. Katanya saya perlu belajar hidup susah kerna dunia ini jarang memungkinkan kemewahan untuk orang susah seperti kami. Saya mula belajar mengenal tumbuhan hutan dan meredah belukar seawal usia tiga tahun. Saya mula belajar mengikat batu dan membancuh simen seawal usia sembilan tahun. Saya mula belajar mengecat rumah pada usia sepuluh tahun. Pendidikan yang saya lalui pada ketika itu sama seperti dengan kanak-kanak yang seusia dengan saya, tetapi sedikit-sebanyak berbeza sebenarnya (saya masih memakai seluar pendek sehingga saya berada di tahun tiga yang pada ketika itu bulu-bulu halus mulai tumbuh di kaki saya). Bagi saya pada ketika itu saya tidak senang berada di sekolah kerana semangat saya untuk hidup seperti kanak-kanak biasa pudar kerna kesusahan keluarga. Bayangkan saya hanya berbekalkan lima puluh sen setiap hari untuk berbelanja. Kerna itu setiap kali tamat persekolahan saya menjadikan gerai Mak Cik Van sebagai sasaran saya untuk mencuri makanan (ibu saya pada ketika itu bekerja dan hanya akan pulang pada pukul lima, dan kami sekeluarga pada ketika itu cuma mampu makan malam sahaja. INI BUKAN OMONGAN!). Dan setiap kali saya dapat mencapai sesuatu dari van kecil berwarna putih itu, akan saya kongsi dengan adik lelaki saya yang pada ketika amat comot rupanya, turut memakai seluar pendek milik saudara yang dihadiahkan kepada saya lalu diberikan pula kepada adik lelaki saya. Saya terbayang senyumannya setiap kali saya dapat habuan dari rompakan saya, terutama kepingan burger yang telah siap digoreng yang pada ketika itu berharga empat puluh sen. Dan daging sekeping itulah yang menjadi alas perut kami sehingga malam. Sementara menunggu ayah menjemput kami dengan motor Suzuki cupnya (dengan motor itulah saya belajar menunggang pada usia saya lapan tahun). Ayah akan sampai selepas tiga puluh minit sesi persekolahan tamat kerna kayuhan enjin motorsikalnya…(faham-faham sendiri la dengan motorsikal yang ayah beli dengan harga RM100). Sesampainya dirumah, saya akan terus bersiap menyarung pakaian kotor dan membonceng kembali motosikal berbudi tersebut menuju ke tapak pembinaan. Kalau hari Jumaat, lokasi kami berlainan pula kerna hari Jumaat adalah hari untuk ayah dan saya meredah belukar, mencari jalan baru untuk mencari rebung, pucuk paku ataupun apa sahaja yang boleh dijual. Yang dicuri pun ada… saya pernah hampir dibaham harimau di hutan Beting. Pada ketika itu semasa dalam perjalanan pulang selepas memetik pucuk paku, saya diturunkan oleh ayah di satu kawasan air terjun kerna dia keciciran parangnya. Saya disuruh turun oleh ayah kerna dengan keadaan motorsikal dan perjalanan kembali yang menaiki bukit akan melambatkan, termasuk dengan dua guni pucuk paku yang menjadi rezeki kami. Dengan berat hati kerna ditinggalkan, saya duduk menunggu bersebelahan dengan dua guni pucuk paku yang masih segar. Sementara menunggu, saya menghabiskan masa dengan bernyanyi-nyanyi sekuat yang mungkin. Perasaan takut ditinggalkan memang ada, dan sesekali saya mencuit gigi air yang mengalir dari air terjun di hadapan saya. Hampir sejam kemudian, baru ayah sampai. Tiba-tiba dengan keras ayah mengarahkan saya gegas menaiki motorsikal. Saya mencapai kedua-dua guni terbabit dan tanpa sempat saya membetulkan duduk saya di atas motorsikal, ayah terus memecut menuruni bukit terbabit. Sesekali ayah hampir melanggar tebing. Saya tidak bertanya apa-apa kerna pada ketika itu mungkin ayah ingin cepat pulang. Hanya apabila kami berhenti singgah di gerai sambil menghirup “oren bodoh”, baru ayah membuka mulut. Katanya di atas belukar air terjun tempat saya menunggu tadi, dia ternampak seekor harimau yang sedang memerhatikan kami. Serta merta bulu roma saya menegak. Ya Allah… begitu sukar rupanya memerah rezeki di tanahMu. Saya menjangka sekiranya saya lama menunggu, saya mungkin akan menjadi rezeki harimau terbabit. Saya tidak tahu sudah berapa lama harimau terbabit memerhatikan saya. Mengapa dia tidak terus menyerang dan meratah saya? Adakah dia tertarik dengan nyanyian lagu Bayangan Gurauan (Mega) yang saya nyanyikan? Saya cuma bernasib baik dan bersyukur keluarga masih mempunyai saya. Mulai dari hari itu, ayah tidak pernah meninggalkan saya di mana-mana, walaupun terpaksa meredah semula belukar untuk mengambil semula rokok yang tertinggal di tempat kutipan. Itu satu cerita saya hampir menjadi rezeki semasa mencari rezeki. Berbalik semula kepada undang-undang yang mewajibkan kanak-kanak untuk bersekolah. Jujurnya saya membenci zaman persekolahan. Mengapa saya mempunyai sikap benci persekitaran sekolah? Mudah. Kerana ibu dan ayah terpaksa bersusah payah, dengan pendapatan kurang daripada RM400 sebulan untuk menanggung tiga anak-anak yang bersekolah. Dan yang semakin susah, anak yang sepatutnya bersekolah, turut sama susah! Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Saya langsung tidak meletakkan beban kemiskinan kami sekeluarga di bahu mana-mana pihak kerna persekolahan kami adik-beradik, mama dan ayah semakin boleh berehat di usia mereka kini. Namun saya tertanya kembali mengapa anak-anak yang bersekolah pada zaman kini semakin tidak menghargai kehidupan? Semakin tidak senang dengan pendapatan penjaga serendah seribu lebih sebulan? (sedangkan saya dan keluarga pernah hidup dengan pendapatan kurang dari lima ratus sebulan). Dan saya berpendapat dan bercadang agar diperkenankan undang-undang untuk mewajibkan setiap anak-anak diajar ilmu kesusahan, kemiskinan, dan beri mereka melalui pengalaman itu agar sekiranya mereka dewasa dan suatu hari nanti mereka mulai Berjaya, mereka tidak memandang enteng manusia yang berkata “aku ni orang susah…” kerna memang wujud orang susah di dalam kehidupan, dan di kalangan dari rakan-rakan kita.

Thursday, November 6, 2008

Ayah 1

ayah pernah berpesan;

JANGAN LUPA PERANAN ENGKAU SEBAGAI SEORANG KHALIFAH!! Kalau ditakdirkan kau menjadi orang kaya, tetapi sikap kau menyakitkan golongan miskin, aku lebih rela kau terus miskin. Sekurang-kurangnya kehidupan kau lebih sama dengan golongan miskin, dan kau lebih tersenyum apabila dihimpit golongan kaya!

061108

bayaran untuk enam hakim RM10juta.
SEPULUH JUTA RINGGIT!!!!!
SEPULUH JUTA RINGGIT!!!!!
SEPULUH JUTA RINGGIT!!!!!
SEPULUH JUTA RINGGIT!!!!!
SEPULUH JUTA RINGGIT!!!!!
SEPULUH JUTA RINGGIT!!!!!
sedekah ke rumah anak-anak yatim dan orang tua?
RM150
SERATUS LIMA PULUH RINGGIT!!!!!
SERATUS LIMA PULUH RINGGIT!!!!!
SERATUS LIMA PULUH RINGGIT!!!!!
SERATUS LIMA PULUH RINGGIT!!!!!
SERATUS LIMA PULUH RINGGIT!!!!!
bayaran gaji ayah aku sehari: RM30
TIGA PULUH RINGGIT!!!!!!
TIGA PULUH RINGGIT!!!!!!
TIGA PULUH RINGGIT!!!!!!
TIGA PULUH RINGGIT!!!!!!
TIGA PULUH RINGGIT!!!!!!
TIGA PULUH RINGGIT!!!!!!

Boleh aku panggil aku hidup dengan manusia LAHANAT?
LAHANAT!!!!!
LAHANAT!!!!!
LAHANAT!!!!!
LAHANAT!!!!!
LAHANAT!!!!!
LAHANAT!!!!!

Sunday, October 26, 2008

apakah janji ku sebelum rohku ditiup ke dalam jasad?
apakah perjanjian ku sebelum aku bernyawa?
apakah rasaku sebelum aku rela menjadi khalifah?
apakah wajibku terhadap manusiaku?
apakah jalanku dalam agamaku?

Wednesday, October 8, 2008

Kunjungan

dengan ini
moga Kau terus mendengar
setelah hamparan derita itu jauh ku hamburkan
kemaafan seribu kekesalan atas kesilapan
acap ku lakukan
atas setiap nafas yang ku hutang
setiap rezeki yang ku pinjam
serta bahagia yang ku sengaja sembunyikan


kalamMu Hu Allah...dari tinta sejahtera hambamu

Tuesday, October 7, 2008

MAAF

maaf kepada semua...
ayah mama dan keluarga, ketahuilah betapa aku menyintai kalian...

maaf kepada semua...
ahli politik sekalian, ketahuilah betapa aku membenci kalian...

maaf kepada senua...
fakir-fakir dan yatim, ketahuilah aku sering menangisi kalian...

maaf kepada semua...
rakan-rakan, aku sering mengingati kalian...

maaf kepada semua...
orang-orang kaya, aku sering memusuhi kalian...

maaf kepada semua...

Tuesday, September 23, 2008

buat sahabat - AKU PUNYA SUKA!

buat sahabat. selepas lima tahun kita berpaling dari dunia nyata, kini bakal keluar dari puncak perdana. selepas lima tahun kita menjerih derita bersama, kita mungkin tidak akan bersua. aku teringat akan kalian, AZIM yang mengalah tiba-tiba, RIDSET yang berubah kelahanatannya, EPUL yang menemui cinta barunya, GJAN yang bangkit bersama cermin matanya, AZMIR dengan "keperlahanannya", NASIR yang masih dengan hidupnya, dan ramai lagi yang bawa nya...nya...nya... tak lupa dengan TOMOK dengan kelancangan mulutnya (org N9 macam aku), WAK DOL yang meninggalkan puisi-puisinya, UDA yang semakin tua, dan JPK KOLEJ dan MPP FAKULTI termasuk budak baru fakulti yang semakin ku pandang hina. aku sekadar mencari kenangan bersama kalian yang aku rasakan satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan sepanjang hidupku. setiap kenangan bersama kalian menyatakan bahawa aku masih mempunyai rakan. mungkin satu hari nanti kalian akan menghilang, tetapi pastikan kehilangan kalian tidak seperti SHEAMZ yang mengkhianati persahabatan kita, atau AMIN yang hilang tiba-tiba!

Monday, August 25, 2008

Aku Masih Hidup

Jejak yang kau tinggalkan semasa kau dulu meredah dariku
bukanlah sebuah petunjuk yang mampu ku baca
tak pernah terjangka bahawa sukarnya untukku menjejak daerah itu
tak pernah aku terfikir betapa tinggi dakian yang perlu ku lakukan
sedangkan kau sudah jauh meninggalkan

Perjalanan ini sudah sampai masa payahnya
setelah sejak dari mula ku bumbu derita yang kau hadiahkan
panahan getir atas kesabaran yang aku sambut selama ini
ku rasa semakin menggigitku,melahap daging-demagingku
takkan aku harus membiarkan sahaja?!
mana pengubatnya?!!!
kau telah jauh meninggalkan…

Setelah hampir ku ke destinasi, tanpa petunjuk berguna yang kau tinggalkan
aku terkapar seolah nyawaku sedang disambut
aku bertarung untuk sehirup nafas yang menipis
aku berdendam dengan bahagia dahulu
tanpa ADA kau!!!
aku teruskan merangkak gigih kerana kepastianku di sana adalah bahagiaku
aku ingin sampai ke sana walau aku dijuah kemewahan bahagia
tak pernah aku terfikir tentang diriku! TAK PERNAH!
seperti dari dahulu aku sudah tidak bernyawa!
ada KAU PEDULI?!!!

Tak terjangka setelah beberapa lama aku berkiblatkan rahsia
tujuan itu mulai datang kepadaku mengerti aku kepenatan
mengerti aku kesakitan
berbisik sindir kepadaku;
KAU MASIH HIDUP!

TUNGGUL SEMALU

Tunggul semalu
berkurun terkedu
mula bicara
duri yang sepatut melindunginya
mungkir menyakiti kembali!

Mula-mula dia ingin bicara tentang dunianya
terbawa terus kepada cerita dirinya
dia sengsara
sukar untuknya teruskan bicara
payah memuntahkan pengakuan
dia ingin berlari
terus berlari
dia ingin menjauhi dunianya sendiri
dunia yang mana menjanjikan bahagia untuknya
dunia yang sepatutnya memberi rezeki untuknya
sayang…
Dunia itu kini yang menghimpitnya
terus tenggelam dalam kelam hitam
angan-angan dan impian yang dipendamnya
dari mula dia kenal akan dunianya!

Katanya lagi…

“aku lebih rela pedang itu menikam tubuhku daripada aku terus menjadi pemain dalam wayang yang diarahkan oleh bangsa manusia aku sendiri. aku lebih suka andai aku bisu dari terpaksa berbicara dialog yang sudah diaturkan untukku oleh mereka yang lebih banyak cakapnya dariku…”


Mendengar keluhan dan berontak hatinya
aku tuliskan puisi ini moga karyaku
ini menjadi satu sisa secebis memori semasa
rasa dendam dan derita sengsaranya ini
mungkin kelak menjadi ajaran buatku

“biarkan…biar…
Kita sebenarnya terkurung dan dikurung
sebenarnya kita sengaja mahu biarkan
diri,tubuh,rasa dan minda kita
berada dalam situasi tidak lena.
Memang kita sudah diajar untuk mengenal
A itu adalah aa dan 1 itu adalah satu,
sudah diajar ilmu itu adalah wahyu dan
ilmu itu berpunca dari guru.
Jadi biarkan kita menghirup nafas dari
udara yang tak tahu punca,
biarkan kita menjamah nasi dari beras
yang kita tak tahu dari tangan petani mana,
dan wang ringgit yang kita tak tahu halal
haramnya!”

Terima kasih semalu…
kau telah mengajarku…
Bukan Aku Yang Membunuh Darwis.

Malam itu kami berbicara
Runtuh dan gelodak
Mentah lagi kala mahu mati
Insan-insan bijak bermain ideologi
Fahaman:pendirian dalam permainan hidup

Lalu ku teguk secawan kopi
yang masih hangat
sehangat perbualan kami
Dan angin pada malam itu
sepada-pada mengganas…
membuat kami terdiam…
lalu bisu…
Sebisu manusia bisu
Angin itu masih mengganas.

Dia mulakan semula bicara…
Kali ini masih sama
Radikal:pemikiran bebas:liberal
Oh… bahaya kataku…
Ku teguk semula kopi yang sudah suam
dia senyum sambil bicara,
Bagus?
Ku katakan padanya selagi masih bernyawa,
memadai bagiku
Kami tertawa…
Angin di luar masih mengganas
rintik hujan merenyai

Cerita-cerita malam itu
berpaksi satu…
Cerita manusia

Dan angin di luar mengganas
hujan melebat
Darwisku sudah mati!


puisi ini tercipta pada 21Mac tahun lalu
aku belum puas
selagi aku tak menari dengan aman
selagi gigilku di gelanggang malam
telanjang sendirian
umpanan puisi puisiku

aku masih belum bebas
jiwa masih terkurung dalam malu-malu
ya sudah tentu aku mahu terbang tinggi
lebih tinggi
jauh dari guruku sendiri
aku mahu hidup!!

dan malam ini aku berjanji lagi
esok aku mahu terus mendaki
biar akan ada rezekiku di gelanggang ini
bukan untuk permainkan bahasa-bahasa
yang aku sendiri reka, sedar atau saja-saja!

Thursday, August 14, 2008

Di Komuter Seremban


peradapan!
itu makin kujur dalam berontak sakit
ah... rasanya bukan kerana aku dia jadi begitu
itu takdirnya dan ini takdirku!
mangapa harus aku tinggalkan rasa marah aku di sebalik gerai siang itu?
dia langsung tidak bersalah!
sama sepertiku...
dia juga bakal mengeluh sepertiku
dia juga bakal berdendam sepertiku
mengapa harus ku halang?

bersandarlah dengan perasaan itu
mungkin nasihat tahun ke dua puluh tigaku berguna untuknya
atau sekadar untuknya bersuka suka
biarlah
dia yang payah
aku sudah bersedia
jika aku mula berasa,
dia masih begitu
jika aku sudah terasa,
dia masih begitu
jadi untuk apa harus aku terus berdendang?!
kalau dia sudah mula terluka!
salam pertinggalan ku sua untuknya
moga tak ku temui dirinya lagi!

Monday, August 11, 2008

Thesis


malam ini aku akan menjadi lebih teruk dari komunis. aku akan menjadi kuli tentera kerahan untuk menyiapkan perjalanan thesis. thesis yang tidak mempunyai makna dalam hidup. thesis yang bertujuan untukku menghabiskan pengajian. thesis yang semakin menjauhkan aku dari realiti kehidupan. thesis yang mengajarku lari dari kehidupan. kerana thesis aku menyumpah seranah. kerana thesis aku jadi pemanas. kerana thesis aku terpaksa berjaga malam (saat komunis sedang dibelai mimpi). apa ni? aku sedang belajar menjadi manusia atau seladang? lagi tiga bulan untukku habiskan usia malang di sini. lagi tiga bulan, lagi tiga bulan, lagi tiga bulan? lagi tiga bulan untuk apa? jadi ahli filem? jadi ahli manusia? jadi ahli agama? jadi diri aku?! jadi apa dan siapa? korok abah kau!

Dia Kesusahan

Kali ini dia menangis lagi. Setelah dua hari dia menahan sebak. Dua hari menahan derita. Kali ini mengalir juga air mata yang selama ini dibendung. Namun sedaya dia cuba menahan kerana sekelilingnya kini penuh dengan jiwa yang tak mengerti akan penderitaanya. Dia kecewa dengan hidup kerana tidak menjanjikan bahagia terhadap keluarganya. Dia masih belum bekerjaya untuk membantu keluarga. Dia hanya berharap dengan bantuan pinjaman untuk menampung hidup dan pelajarannya. Tetapi pada masa yang sama dia terpaksa turut serta memikir hal kewangan keluarga. Sewa rumah keluarga, bil elektrik dan air, turut sama belanja dapur setiap bulanan. Dia ingin menangis lagi. Sekuat hatinya. Biar semua yang dipendamnya menjadi lebur bersama air tangisnya. Dia ingin mencari seseorang yang mampu untuk mendengar luahan dan berontak hatinya. Dia mau seorang rakan yang mampu memujuk hatinya. Dia mahu seorang lawan yang boleh mengajarnya. Kalaulah dia ada semua yang mampu memberi bahagia. Kalaulah dia ada sesuatu yang boleh membahagiakan keluarganya. Kalaulah dia berkuasa menentukan jatuh bangun keluarganya. Kalaulah takdir itu yang dipegangnya. Tetapi bukan ia yang memegang buminya. Masih ada lagi yang berkuasa darinya. Dia hanya bernafas dalam lelah. Dia semakin lemah. Semakin hari semakin lemah. Pengalaman yang dilaluinya membuat dirinya makin lemah. Pengajaran itu tidak satu pun mengajarnya menjadi lebih kuat. Dia menahan rasa itu… dia biarkan rasa itu menghantu. Ataupun dia biarkan rasa itu menjadi batu. Membuatkan rasa itu menjadi dendam yang satu hari bakal meledak dan membuat dia lupa akan usul dirinya, dosa pahala agamanya!

Dilanda Tengkujuh

Aku sedang belajar mengajar maksiat kepada penganut agamaku sendiri. Aku sedang memashyurkan budaya ciptaan Yahudi kepada saudara seras denganku. Aku sedang mempelajari ilmu yang penuh dengan penipuan. Penuh dengan teknikal yang tidak langsung mengajarku erti keTuhanan. Tidak langsung menemukan aku dengan agama kecintaanku. Apa yang aku pelajari langsung tidak tertulis di dalam kalam Quran. Apa yang sedang aku budayakan langsung belum dikenali oleh Melayuku. Ya… memang aku diajar untuk mengukuhkan agama melaluinya, aku diajar untuk memakmuran Melayuku di dalamnya, tetapi sehingga kini belum teguh imanku kerananya. Belum kukuh budayaku kernanya. Selama aku belajar teori yang sebenarnya menyesatkan aku jauh dari realiti, aku makin terpinggir dalam pencarian kehidupan. Saban hari aku bertanya, apa sebenarnya pencarianku dalam ilmu yang sedang aku pelajari? Bukankah sebenarnya aku dicipta untuk memakmurkan Islam dan membantu saudara seras denganku? Aku dicipta untuk segala yang baik-baik? Bukankah itu perjanjian yang termatri sebelum roh setiap manusia ditiupkan ke dalam jasad? Aku teringat semasa mula mula aku berada di sini. Semasa MMS, ada seorang lelaki yang sebaya denganku bertanya kepada TNC di hadapan ribuan pelajar lain soalan yang bagiku amat menarik. Soalannya berbunyi begini; “Mana tempat saya?” TNC yang mempunyai ilmu keduniaan taraf tertinggi hanya tercengang tak mampu memberikan jawapan. Nyata dari raut wajah pelajar lelaki tadi kecewa. Kecewa kerana bapak TNC yang diharapnya boleh memberikan jawapan hanya tersenyum tertawa diikuti oleh sorakan ribuan pelajar lain dengan soalan pelajar tadi. Soalan yang sama itulah kerap aku fikirkan kebenarannya dengan diri aku sendiri. Bagiku soalan dari pelajar tadi tiada salahnya. Bukan sebagai bahan tawa. Dia cuma bertanya di mana tempatnya bersama ribuan siswazah bijak pandai, kerana baginya dirinya rendah berbanding pelajar lain. Rendah diri. Tahu kelebihan dan kekurangan diri sendiri (nah inilah yang kurang pada rakan Melayuku sekalian). Jujurnya soalan dari pelajar lelaki terbabit (yang aku dengar mengikuti jurusan akauntansi) membuatkan aku membuka fikiran dan mula melihat ragam rakan rakan yang lain. Sehingga hari ini, setelah hampir enam tahun aku belajar, aku semakin lelah dengan keletah saudara saudari rasku. Terlampau banyaknya kelemahan dari diri kita, tetapi tak satu pun diambil peduli. Barang yang lepas, jangan dikenang ye tak? Kepala bapak kau!!! Peribahasa dulu bolehlah diguna sebab dahulu kita masih lagi sopan. Ada susilanya. Mana nak sama dengan hadhari sekarang? Hadhari hadhariah. Macam yang kita belajar tadi… Agungan kafir!

falsafah untuk sampah

jangan panggil aku kurang ajar! memang aku dididik dengan sifat dendam,benci kepada masyarakat aku sendiri.tak semua...jangan salah faham! aku perhatikan manusia yang senang dimanja belai dengan ongkos pemberian orang tua saban hari untuk dibelanja. aku perhati manusia yang sedang berpesta di malam minggu atas alasan bersosial. aku perhati manusia yang giat bekerja mencari ringgit malaysia untuk dibelanja ke atas (benda yang boleh aku anggap sampah). gila!semasa kini aku sedang mengaji di uitm(kuantiti lebih penting daripada kualiti).aku dapat sambung ke sini bukan sebab bapak aku kenal dengan mana-mana dekan, atau aku ada saudara yang bekerja dengan uitm. aku dapat masuk uitm sebab pencapaian aku!(aku memang yakin dari dulu aku dapat masuk uitm lps spm).tak macam yang aku dengar dari mulut makcik-pakcik yang memang suka bergosip.ramai yang guna orang dalam nak dapatkan diploma ataupun ijazah dalam hidup.konon dapat nak naikkan gaji,ada sesuatu nak ditunjukkan(selain dari rekod jenayah).di puncak perdana ni sendiri, 60% pelajar uitm ni dah ada kenderaan sendiri.diberi oleh mak bapak yang terlampau sayang dekat anak ni yang awal2 dah janji(nak belajar pandai2!)tak cukup dengan tu, bagi lagi belanja tiap bulan.20% dari gaji mak bapak tu akan masuk dalam akaun anak.yelah anak-anak dah pakai kereta, nak isi minyak lagi, contigency lagi (semua untuk tujuan pembelajaran, research, entah apa benda lagi yang menipu mak bapak).ada pula lagi tambahan tu...PTPTN dapat lagi...RM2500-RM3000 untuk dihabiskan dalam 3-4bulan pengajian.hui...kaya student sekarang. mana tak semua pandai menipu(untuk hidup). Tak macam aku yang berharap dengan pinjaman pihak yayasan negeri yang tak seberapa(tapi boleh untuk aku hidup!). aku ingat masa mula-mula aku melangkah masuk uitm,dengan hati yang berkobar-kobar nak bergelar mahasiswa(yang aku sangka mempunyai suara),dengan iringan senyum bangga mak ayah aku(yang sentiasa aku sayangi,biar mati engkau,jangan mati mak ayah aku!).sampai aku di kolej kediaman perindu,rasa bangga aku bertambah tiba-tiba.rasa terima kasih aku kepada hidup meninggi sampai aku dah tak nampak masa sekolah aku.aku rasa yang aku nak gegar dunia aku dengan bukan sebagai hipokrit.nak kenal dengan mana-mana rakan siswa lain yang sama ini berjuang untuk mencari hidup yang orang seperti KAMI bumbu(kalau engkau adalah orang macam aku).tapi sayang...lain yang aku harap, lain yang jadi.apa yang aku belajar adalah benda seni.filem.tapi dah jadi yang berundang-undang.banyak yang tak boleh.nak jaga hati la,nanti kena banned la,fail lah...apa boleh buat?dapat sambung belajar dah cukup untung.dah empat tahun aku balajar.dari diploma ke ijazah.macam-macam ragam yang aku dah tengok.yang setiap semester aku tengok benda sama.macam ni,setiap akli induksi pelajar baru,kami(pelajar senior) akan target perubahan yang berlaku dekat anak bangsa yang datang dari kampung ni.nak kenal mereka senang.yang pakai pakaian agak keanak-anakan,itulah dia.mana yang bertudung tu,60% akan secara menggila berubah warna rambut(mak bapak yang suruh kot)yang lelaki ni tak payah la cerita, dari tak kenal ganja boleh jadi sampai ke ice,yang tak tahu blue boleh kaji skill-skill yang ada. Ni semua adalah dari jenis yang mak bapak tak ambil tahu hal anak-anak. Ya Tuhan… selamatkanlah kami dari kesesatan… aku ada beberapa cerita yang nak dikongsi. Kalau tak nak ambil tahu pun tak apa, (suatu hari nanti tulisan aku ini akan jadi satu nilai instrumental untuk diri aku)tapi ingat-ingatlah. Sepanjang aku bergelar mahasiswa,aku disogok dengan berbagai cerita tentang rakan-rakan yang hidup mereka lebih senang dariku. Tetapi cerita ini bukan cerita tentang si polan yang baik hati atau si polan yang berbudi pekerti. Tapi ni cerita pasal si polan yang mak bapak dia tak ajar apa itu budi, apa itu peribadi. Yang tak ajar apa itu agama, dan apa itu hidup. Dipendekkan amarah aku yang sedang meluap, dari rancaknya mahasiswa-mahasiswa ini(yang aku yakin satu hari nanti akan memegang kabinet Malaysia)ramai yang suka mengganyang jantina berlawanan(apa lagi kalau bukan hal-hal lucah:?)lebih senang aku bercerita begini dari aku berdiam sebab aku dah lama berdiam.

“Berantak-berantakan”

Mula-mula bukan ini yang kita cuba jadi. Konon mahu menyenangkan hidup kita sendiri. Mahu menyenangkan keluarga, orang ramai. Konon untuk hidup harmoni. Yang pasti dilindungi oleh badan-badan yang konon dipercayai. Dipertahankan oleh bangsa yang konon bangsa utuh dan kekal. Diberi kebebasan dan kesaksamaan oleh nama konon demokrasi. Diberikan keadilan dan penghukuman setimpal konon untuk menginsafi. Betapa sebenarnya telah tertipu dengan setiap dakyah yang tersebar, yang sengaja disebarkan sejak mula anak-anak mencapai tahap pemikiran yang boleh memilih. Itu Malaysialah kawan-kawan… sebuah negara yang selamat, harmoni, seperti yang diajar kepada anak-anak 7 tahun disekolah. Seperti yang tercatat dalam buku-buku teks dan soalan-soalan latihan. Yang tetap, jawapannya benar. Wah wah wah betapa indah Malaysia kawan-kawan, di terajui manusia yang tak kenal hidup. Belum pernah minum bersama radikulus yang pemikir. Bersama pendikir yang melaungkan kebenaran. Yang difahami, mereka ini yang selayaknya dihantar ke jirai besi. Konon mengancam untuk menjatuhkan pentadbir yang punyai anjing. Yang patuh arahan seorang manusia yang belum mencapai baligh mengenal manusia lain. Yang menyalak setiap kali ditegur, dan diberi upah atas keringatnya menyalak!

Mana Tujuan Aku?

Ini Malaysia la… kalau England atau Hollywood, dah lama orang2 macam kita ni kaya! Kata-kata daripada sepupuku yang merupakan “orang industri” (istilah ini hanya pelajar filem sahaja yang tahu). Sudah empat tahun dia cuba menjinakkan nama dalam industri yang makin kelam. Kenapa kelam? Kalau dilihat, semakin banyak filem “berkualiti” buatan tempatan di pasaran pawagam seluruh Malaysia. Kelam bagi aku kat sini adalah cara kerja, layanan, produksi, pelakon, baik krew yang terlibat. Aku bukan orang industri (sebab aku belum pernah ikut mana-mana penggambaran filem). Aku cuma pemerhati. Aku sedang cuba kenal apa sebenarnya yang sedang aku lakukan. Aku memegang Diploma filem. Kini Ijazah penulisan filem makin hampir ke dalam tangan aku. Setakat ini aku masih tak faham. Kenapa aku belajar filem? Adakah aku nak jadi macam Steven Spielberg? Dia pun dapat ijazah selepas arahkan berbelas filem. Ataupun aku nak jadi macam Andre Bazin? Yvonne Ng? David Neo? Mereka-mereka ni adalah pemikir filem yang hebat. Kalau kau orang filem tapi tak kenal siapa itu Andre Bazin, jangan mengakulah kau tahu apa tu “filem”. Tapi jujurnya, ramai orang industri Malaysia yang tak tahu idol-idol dalam sejarah filem. Mereka cuma tahu ‘bekerja filem’. Nah..kat sinilah keluarnya istilah buat filem dan pemikir filem. Aku yang mana?! Kawan-kawan aku pun kat mana? Batch aku kali ni ada lebih kurang 60 orang. Pemikir ke pembuat? Kalau pembuat, diorang ni tak pernah ikut filem. Tak tahu produksi filem. Tak kenal filem. Kalau pemikir filem, aku tengok kertas kerja dan gaya fikiran macam baru lepas ambil PMR. Eh..eh… takkan 60 orang nak jadi pengarah filem dengan pemikir filem kot? Bertuahlah Malaysia… Kamera filem kat Malaysia ni pun tak sampai 50 buah. Nak jadi pemikir ke? Tak payah la… Tayangan filem yang free tiap2 malam pun tak nak pergi. Sekali lagi aku tanya. Aku kat mana?